Cara Mohon Sertai Pasukan CDERT Angkatan Pertahanan Awam, Latihan Disediakan

Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) ditubuhkan pada 16 Mac 2006 berdasarkan kepada Arahan Jabatan Bil. 1 tahun 2006 di mana semua Pejabat Negeri Pertahanan Awam telah diarah melaksanakan penubuhan pasukan CDERT di agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Berkanun serta Komuniti.

Pasti ramai yang tidak tahu kewujudan pasukan CDERT yang ditawarkan oleh Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) ini kan? Warganegara Malaysia yang berminat nak berkhidmat dan bekerjasama dengan APM boleh buat permohonan dengan mudah!

Nak tahu apa peranan CDERT dan panduan buat permohonan, rujuk perkongsian di bawah.

KATEGORI PENUBUHAN CDERT

Pasukan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) ditubuhkan di bawah agensi-agensi berikut:

CDERT-G (Goverment Sector)

Ditubuhkan di kalangan agensi-agensi Kerajaan serta Badan Berkanun dan dianggotai oleh warga kerja agensi terbabit

CDERT-P (Private Sector)

Ditubuhkan di kalangan Sektor Swasta seperti syarikat perniagaan pembuatan mahupun perkilangan dan dianggotai oleh pekerja syarikat tersebut.

CDERT-N (Non-Government Organisation)

Ditubuhkan di kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan dianggotai oleh ahli-ahli yang berdaftar dengan pertubuhan tersebut.

CDERT-C (Community)

Ditubuhkan di kalangan kelompok Komuniti seperti Parlimen, DUN, Mukim, Kampung, Taman, Flat, Rumah Panjang, Persatuan Penduduk dan sebagainya serta dianggotai oleh pemimpin dan juga penduduk setempat.

KEDUDUKAN KEANGGOTAAN

Penubuhan pasukan CDERT mestilah dengan syarat berikut:

  • 1 Pasukan = Minimum 30 orang ahli

LATIHAN DITAWARKAN

APM komited memberikan latihan secara intensif kepada Pasukan CDERT yang ditubuhkan merangkumi aspek:

  • ilmu pertahanan awam
  • pengurusan bencana
  • pengurusan kecemasan
  • dan sebagainya secara asas

PERANAN CDERT

Peranan pasukan CDERT adalah seperti berikut:

  • Menjadi penyampai maklumat kepada agensi penyelamat berkaitan kecemasan atau bencana
  • Penugasan ketika tugas bantuan penyelamatan dan pengoperasian bencana dengan kerjasama APM dan CDERT
  • CDERT boleh melaksanakan operasi pasca bencana seperti pembersihan dan pengagihan bekalan makanan
  • Menyalur atau memberi bantuan serta sumbangan secara sukarela dalam bentuk latihan, kepakaran dan pelbagai kepada warga APM serta orang awam dalam konteks pengurusan bencana, pengurusan kecemasan dan juga khidmat kemanusiaan di bawah seliaan APM
  • Terlibat secara terus dengan latihan, aktiviti dan program bersama APM

CARA MOHON SERTAI PASUKAN CDERT APM

Sekiranya anda ingin menubuhkan satu pasukan CDERT atau berminat untuk dapatkan maklumat lanjut serta penerangan berkenaan penubuhan CDERT, anda boleh rujuk ke:

  • Pejabat APM Negeri/ Daerah berhampiran; ATAU
  • Terus ke Cawangan Kurikulum dan Pasukan Sokongan Bahagian Pengurusan Latihan, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Tel: 03 8920 6016/ 6017/ 6010
  • Laman web: www.civildefence.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma