Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Ini Panduan & Senarai Surah Yang Boleh Diamalkan

Umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan pada 23 April ini semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan pada 28 April.

Pengumuman lanjutan PKP dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 10 April lalu sedikit sebanyak membuatkan umat Islam berduka kerana tidak berpeluang menyambut bulan Ramadan bersama ahli keluarga terutama ibu bapa di kampung.

Apa yang lebih membimbangkan kini para suami perlu bersedia menggalas tanggunjawab sebagi imam bagi menunaikan solat terawih di rumah susulan pelaksanan PKP.

PARA SUAMI PERLU BERSIAP SEDIA

Suami-suami dah boleh mula fikir nak baca surah apa untuk terawih yang akan tiba. Ini adalah perkara baik yang perlu dilakukan di rumah sepanjang bulan Ramadhan selain mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan 8 rakaat sahaja.

Berikut adalah perkongsian bacaan surat untuk solat terawih 8 dan 20 rakaat oleh JAKIM yang boleh para suami amalkan nanti.

BACAAN SURAH SOLAT TERAWIH 8 RAKAAT

Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang. Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, boleh sahaja membaca surah-surah lazim ini dalam solat tarawih 8 rakaat.

Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah al-Fatihah.

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Surah al-Takatsur (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Surah al-Asr (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Surah al-Fiil (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadhan, digalakkan membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama.

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan Surah al-Takathur hingga Surah al-Fil seperti malam pertama sehingga malam ke-15.

 

BACAAN SURAH SOLAT SUNAT TERAWIH 20 RAKAAT

Solat sunat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam.

Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 rakaat (2 rakaat X 10 salam).

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambarajah di atas.

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT WITIR

Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.

Lafaz niat solat sunat witir bagi 2 rakaat pertama:

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat solat sunat witir bagi 1 rakaat berikutnya:

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”

Bacaan surah-surah dalam solat witir

Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:

Rakaat pertama – (Surah al-A’la)

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Rakaat Kedua – Surah al-Kafirun

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Rakaat ketiga/terakhir (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekaligus dalam 1 rakaat terakhir.

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.

Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat Subuh.

Para Suami Dan Boleh Mula Fikir Nak Baca Surah Apa Untuk Terawih. Kenalah Pelbagaikan Surah Sikit

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para suami yang bakal menjadi imam untuk solat sunat terawih pada bulan Ramadhan yang bakal tiba. Jadikan perkongsian ini sebagai panduan dan kongsikan juga kepada kenalan anda.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma