Fenomena Gerhana Bulan Penuh: Panduan Solat Sunat Khusuf 8 November 2022
Seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena gerhana bulan penuh atau Super Flower Blood Mood akan berlaku pada 8 November 2022 selepas kali terakhir berlaku adalah pada tahun 2021.
Justeru, umat Islam disyariatkan supaya mendirikan solat sunat khusuf (gerhana bulan) selepas menunaikan solat Maghrib pada 8 November 2022. Solat sunat dua rakaat itu boleh ditunaikan sama ada secara bersendirian atau berjemaah. Namun begitu, lebih afdal jika ia ditunaikan secara berjemaah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kejadian gerhana bulan dan matahari serta panduan mendirikan solat khusuf.
Isi Kandungan
KEJADIAN GERHANA MATAHARI DAN BULAN
Kejadian Gerhana Matahari dan Bulan bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt.
Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
FASA GERHANA BULAN DI MALAYSIA
Terdapat beberapa fasa gerhana bulan di Malaysia seperti berikut:
1) Sekitar jam 4.02 petang
Fasa gerhana penumbra (P1)
– Bulan mula memasuki penumbra
– Tidak kelihatan kerana bulan berada di bawah ufuk
2) Sekitar jam 5.09 petang
Fasa gerhana separa bermula (U1)
– Bulan mula memasuki umbra
-Tidak kelihatan kerana bulan berada di bawah ufuk
3) Sekitar jam 6.16 petang
Fasa gerhana penuh bermula (U2)
– Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
– Boleh dilihat di Sabah dan Sarawak sahaja ketika bulan terbit dan rendah di ufuk timur
4) Sekitar jam 7.00 malam
Maksimum
– Gerhana maksimum
– Boleh dilihat di Semenanjung ketika bulan sedang terbit dan rendah di ufuk timur
5) Sekitar jam 7.41 malam
Fasa gerhana penuh tamat (U3)
– Bulan mula keluar dari umbra
– Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk
6) Sekitar jam 8.49 malam
Fasa gerhana separa tamat (U4)
– Bulan keluar sepenuhnya dair umbra
– Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk
7) Sekitar jam 9.56 malam
Fasa gerhana penumbra tamat (P4)
– Bulan keluar sepenuhnya dari penumbra
– Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk
PANDUAN SOLAT SUNAT KHUSUF
Solat sunat khusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Berikut adalah panduan melaksanakan solat sunat khusuf: