Senarai Dokumen & Panduan Muat Naik Dokumen Untuk Mohon Jawatan Guru KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Tawaran pengambilan khas kali ini dibuka untuk semua graduan yang tiada ikhtisas pendidikan. Ini bermakna, mana-mana graduan bukan pendidikan yang berminat nak jadi guru boleh mohon pengambilan yang dibuka ini.

Bagi yang masih belum mohon, anda boleh rujuk PANDUAN MOHON JAWATAN GURU KPM. Calon yang mohon diminta untuk muat naik dokumen sokongan melalui laman yang disediakan. Rujuk panduan muat naik dokumen yang dikongsikan di bawah.

SYARAT MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN

Calon diminta untuk muat naik dokumen sokongan yang dinyatakan mengikut syarat berikut:

  • Sila muat naik dokumen yang berkaitan dalam format .pdf
  • Pastikan saiz dokumen tidak lebih daripada 5MB
  • Susun dokumen mengikut susunan yang dikongsikan di bawah
  • Scan semua dokumen mengikut susunan dan jadikan satu fail pdf
  • Beri nama fail tersebut dengan nama seperti no. kad pengenalan

Rujuk: Cara Mudah Scan Dokumen Menggunakan Telefon Pintar Tanpa Download Aplikasi

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah susunan senarai dokumen yang perlu dimuat naik:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran/ Sijil Pendaftaran Kelahiran/ Sijil Anak Angkat
  • Salinan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya
  • Salinan Ijazah Pertama
    *Calon hendaklah mengemukakan surat senat/ ijazah sarjana/ ijazah/ Diploma yang mempunyai Cap Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti dan.
    *Transkrip Penuh Akademik
  • Pengiktirafan Sarjana/ Ijazah/ Diploma:
    Calon dimohon untuk mendapatkan status pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau melalui portal di alamat berikut:
    https://www2.mqa.gov.my/esisraf/ atau
    https://www2.mqa.gov.my/mgt/

Rujuk: Cara Semak & Cetak Pengiktirafan MQA Untuk Mohon 

PANDUAN MUAT NAIK DOKUMEN

Dah sediakan satu fail .pdf yang mengandungi semua dokumen mengikut susunan yang dinyatakan di atas? Jika sudah, ikut panduan berikut untuk muat naik dokumen anda:

  1. Sebelum muat naik dokumen, anda mestilah buat pendaftaran ID dan isi maklumat permohonan di laman https://mypdpp.moe.gov.my/. Bagi yang belum pernah daftar, anda boleh rujuk PANDUAN INI.
  2. Setelah isi pilihan bidang pengajian, anda diminta untuk Muat Naik Dokumen dengan klik pada icon tersebut.
  3. Klik Choose File untuk pilih dokumen yang anda telah sediakan dalam satu fail .pdf dengan nama fail yang tertera no. kad pengenalan. Klik Muat Naik Dokumen.

Siap! Dokumen anda telah berjaya dimuat naik. Pastikan anda ikut satu per satu panduan dan syarat yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan daripada permohonan anda ditolak.

Semoga berjaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma