Sijil Diperlukan & Panduan Jadi Tenaga Pengajar Kemahiran, Tak Perlu Ada Ijazah Pun

Memang tidak dapat dinafikan tidak ramai yang tahu atau pandang rendah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kebanyakan lepasan SPM hanya terfikir untuk sambung pengajian peringkat STPM, Diploma atau Asasi sahaja selepas tamat pengajian di sekolah. Tetapi ramai yang dah terlepas pandang dengan kelebihan yang ditawarkan oleh SKM!

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu dokumen yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia. Bagi yang berminat nak jadi tenaga pengajar tu, anda boleh ambil SKM untuk melayakkan diri jadi tenaga pengajar kemahiran. Tak perlu ada degree pun boleh jadi tenaga pengajar tau!

Apa lagi sijil yang diperlukan serta kelayakan untuk jadi tenaga pengajar kemahiran? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan jadi tenaga pengajar kemahiran.

JENIS TENAGA PENGAJAR PENGAJAR KEMAHIRAN

Dalam konteks Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM), ada 2 jenis tenaga pengajar di:

  • Pusat Bertauliah SLaPN (Kolej, Akademik, Institut yang tawarkan SKM/ DKM)
  • Pusat Latihan SLDM

Berikut adalah 2 jenis tenaga pengajar kemahiran yang ada:

  • Tenaga Pengajar (TP): Mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan
  • Pegawai Penilai (PP): Mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan

SIJIL DIPERLUKAN UNTUK JADI TENAGA PENGAJAR KEMAHIRAN

Untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran, antara kelayakan sijil yang diperlukan adalah:

Tena pengajar (TP)

  • Sijil induksi PP-PPD-PPB sahaja

Pegawai Penilai (PP)

  • Sijil induksi PP-PPD-PPB
  • Sijil SKM3 ke atas
  • Sijil VTO

Untuk ikuti kursus VTO, calon dalam pelbagai bidang kemahiran adalah layak menyertainya sekiranya ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 3 dalam sebarang bidang.

Pemegang sijil Kolej Komuniti, Diploma Politeknik ataupun Ijazah akademik layak jadi tenaga pengajar (TP) kemahiran. Namun biasanya Pusat Bertauliah JPM memerlukan Pegawai Penilai (PP) yang ada 3 sijil yang dinyatakan di atas.

Baca juga: Boleh Ke Sambung Degree Jika Ambil SKM? Boleh, Nak Jadi Tenaga Pengajar Pun Boleh!

SYARAT JADI TENAGA PENGAJAR DI PUSAT LATIHAN SLDN

Untuk menjadi Tenaga Pengajar di Pusat Latihan SLDN, anda perlu LULUS induksi SLDN serta memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

Dah ada sijil induksi PP-PPD-PPB/ SLDN, adakah anda tenaga pengajar secara automatik?

  • Ia bukanlah automatik tetap anda perlu dilantik oleh Pusat Bertauliah SLaPB atau SLDN jadi tenaga pengajar

Sudah ada sijil induksi PP-PPD-PPB, SKM3 dan VTO, adalah anda pegawai penilai secara automatik?

  • Ia bukanlah automatik tetap anda perlu dilantik oleh Pusat Bertauliah SLaPB sebagai Pegawai penilai

PANDUAN MOHON KURSUS INDUKSI PP-PPD-PPB

Untuk mohon kursus induksi PP-PPD-PPB atau induksi, anda boleh mohon dengan:

  • Penganjur yang berdaftar dan aktif

Permohonan kursus VTO boleh dibuat melalui

  • CIAST (awam) atau
  • Pusat Bertauliah swasta

Semoga bermanfaat!

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma