Tawaran 1,000 Pekerjaan Di Pameran Kerjaya Bidang E&E Secara Maya, Daftar Sekarang

Panggilan buat para pencari kerja terutama belia di seluruh Malaysia! Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bakal menganjurkan pameran kerjaya maya berfokus kepada sektor elektrik dan elektronik (E&E) selama 3 hari bermula 28 September 2022.

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bakal menganjurkan pameran kerjaya maya berfokus kepada sektor elektrik dan elektronik (E&E). Pelaksanaan VCF E&E ini berdasarkan keperluan guna tenaga semasa sektor ini yang turut bertindak sebagai penyumbang utama ekonomi negara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pameran kerjaya yang bakal dianjurkan dan panduan buat pendaftaran.

MAKLUMAT PAMERAN KERJAYA

  • Nama program: Pameran Kerjaya Maya E&E
  • Anjuran: Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)
  • Tarikh: 28 September 2022 hingga 30 September 2022
  • Masa: 10 pagi hingga 6 petang
  • Platform: Secara online

SYARIKAT TERLIBAT

Antaraa syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran kerjaya maya E&E ini termasuklah:

  • Intel Malaysia
  • Keysight Technologies
  • Plexus Manufacturing
  • Silterra Malaysia
  • Vitrox Corporation
  • Schneider Electric
  • Flextronics Technology
  • TF AMD Microelectronics
  • Hoya Electronics Malaysia

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat untuk mohon pelbagai tawaran kerja dalam bidang Elektrik dan Elektronik, anda boleh buat pendaftaran sekarang untuk sertai temuduga secara maya pada tarikh dan masa ditetapkan.

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:

Berikut adalah panduan sertai temuduga secara virtual bersama majikan terpilih:

  1. Buat profil interaktif anda dan muat naik resume anda. Sertai webinar, latihan dan aktiviti untuk menyediakan diri anda
  2. Berinteraksi dengan majikan melalui sembang langsung dan mohon pekerjaan dan peluang latihan. Dapatkan senarai pendek untuk temu duga panggilan video
  3. Sertai webinar langsung dan berinteraksi dengan majikan dan penceramah untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang kerjaya dan bertanya soalan terus kepada perekrut

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma