Tawaran Data Tanpa Had Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Dengan Harga RM69 Sebulan
Selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan menurunkan kos sara hidup, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ingin mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.
Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat serta terus berusaha dalan memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Pakej Perpaduan Jalur Lebar seperti diumumkan oleh Kerajaan.
Isi Kandungan
GOLONGAN SASARAN
Tawaran Pakej Perpaduan Jalur Lebar ini disasarkan bagi membantu:
- Golongan B40
- Veteran
- Orang Kurang Upaya (OKU) serta
- Warga emas dengan harga lebih rendah
TARIKH TAWARAN PAKEJ PERPADUAN
Tawaran Pakej Perpaduan Jalur Lebar ini akan mula ditawarkan pada:
- bulan Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.
PAKEJ PERPADUAN JALUR LEBAR
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam kenyataannya hari ini, pakej ini menawarkan perkhidmatan dengan:
- kelajuan sehingga 30 Mbps
- bersama data tanpa had (unlimited data)
- dengan harga hanya RM69.00 sebulan
Harga pakej yang ditawarkan 22% lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.00 bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak.
PENYEDIA PERKHIDMATAN JALUR LEBAR TERLIBAT
Pakej ini adalah dengan kerjasama daripada syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu:
- Telekom Malaysia (TM)
- Celcom
- Digi
- Maxis
- U Mobile,
- YTL
- TIME Berhad
- Astro
Pakej jalur lebar serendah RM69 sebulan itu, dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah lebih-lebih lagi dalam situasi kenaikan harga barang dihadapi rakyat kini.