Manfaat Pakej Bantuan Sehingga RM1,000 Buat 6 Golongan Sasaran Di Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 berjumlah RM4.5 juta bagi mengaktifkan kembali sektor ekonomi negeri yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19. Pengumuman peruntukan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan pakej bantuan kepada golongan terkesan ekoran penularan wabak pandemik setakat ini adalah berjumlah RM155.5 juta.
Pakej bantuan ini bermatlamat memberikan bantuan segera kepada golongan paling terkesan selain membolehkan kelangsungan perniagaan bagi memastikan ekonomi negeri terus dibangunkan.
Isi Kandungan
PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 2.1
Bantuan dalam Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang meliputi bantuan kepada 6 golongan dengan kadar bantuan berikut:
Namun buat masa ini permohonan dibuka buat 4 golongan iaitu:
- Syarikat Penganjur Acara,
- Pertubuhan Rumah Ibadat Bukan Islam,
- Persatuan Pertubuhan Aktif dan
- Pengusaha Penjual Akhbar & Buku.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Semak syarat kelayakan permohonan setiap golongan berikut:
Syarikat Penganjur Acara
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai premis perniagaan yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Pertubuhan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)
- RIBI perlu mengemukakan Salinan Warta Kerajaan atau Surat Pendaftaran pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun.
Persatuan Pertubuhan Aktif
- Pertubuhan atau persatuan yang aktif dan berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Persatuan Malaysia (ROS) Negeri Pulau Pinang
- Berdaftar dengan ROS Negeri Pulau Pinang sebelum 18 Mac 2020; dan
- Berstatus pertubuhan / persatuan aktif (akan disemak oleh ROS)
Pengusaha Penjual Akhbar & Buku
- Warganegara Malaysia.
- Belum pernah menerima Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada peniaga dan penjaja berlesen di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1 dan Fasa 2.
PERMOHONAN PAKEJ BANTUAN RAKYAT
Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun pemohon.
Klik pautan berikut mengikut kategori untuk melengkapkan borang permohonan secara online:
- Permohonan Bantuan Syarikat Penganjur Cara (Event Organizer)
- Permohonan Rumah Ibadat Bukan Islam
- Permohonan Persatuan Pertubuhan Aktif
- Permohonan Penjual Akhbar & Risalah
Tarikh tutup permohonan bagi Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 2.1 adalah pada 15 September 2020. Jadi pemohon yang layak diminta untuk buat permohonan sebelum tarikh tersebut bagi melayakkan diri menerima bantuan.