Nama dan Nombor IC Anda Telah Digunakan Oleh Orang Lain Untuk Daftar BPN? Ikut Langkah Ini Untuk Buat Laporan Polis Segera

Nama dan nombor kad pengenalan anda telah digunakan oleh orang lain untuk daftar Bantuan Prihatin Nasional (BPN)? Walaupun ini kedengaran agak aneh tapi ini mungkin akan berlaku kepada anda kerana zaman sekarang banyak kes penipuan penggunaan maklumat berlaku.

Seperti yang sedia maklum, pendaftaran permohonan BPN adalah sehingga 30 April 2020. Jadi mungkin ada diantara anda masih belum membuat pendaftaran berikutan dengan kesesakan di laman sesawang untuk membuat pendaftaran.

MASALAH BILA INDIVIDU LAIN GUNAKAN IC ANDA

Tidak dapat dinafikan ada juga individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan maklumat kad pengenalan orang lain untuk daftarkan BPN kepada nombor akaun banknya.

Masalah yang akan timbul adalah, pengguna yang sebenar tidak dapat daftarkan dirinya untuk BPN. Contohnya seperti situasi di bawah.

Nama dan Nombor IC Anda Telah Digunakan Oleh Orang Lain Untuk Daftar BPN? Ikut Langkah Ini Untuk Buat Laporan Polis Segera

Seorang wanita cuba untuk masukan maklumat anaknya untuk permohonan BPN tetapi sistem menyatakan maklumat anaknya telah didaftarkan oleh orang lain. Ini telah menyebabkan dia tidak dapat daftarkan anaknya sebagai tanggungan bagi permohonan ini.

Jika masalah ini berlaku kepada anda, jangan panik! Menurut pihak MyGCC, mereka telah mendapatkan jawapan dari pihak polis ekoran dengan masalah ini. Anda yang mempunyai masalah seperti ini anda dinasihatkan untuk membuat laporan polis dengan segera kerana maklumat anak telah digunapakai oleh orang yang tidak bertanggungjawab samaada dengan sengaja ataupun tidak sengaja.

Sebarang penipuan yang berlaku termasuk penggunaan maklumat diri anda atau kad pengenalan, anda berhak untuk membuat laporan polis dengan segera. Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi membantu sesiapa yang mempunyai masalah penipuan maklumat begini.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma