Nilai Kompaun Terkini Yang Dikenakan Mengikut Kategori Kesalahan & Kadar Pengurangan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) minggu lepas telah memperkenalkan kadar diskaun yang akan diberikan kepada individu yang telah diikompaun atas kesalahan-kesalahan tertentu. Potongan diskaun ditawarkan sehingga 50% jika dilunaskan dalam tempoh tertentu.

Bagi individu yang masih belum jelas berkenaan nilai kompaun dikenakan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjelaskan isu nilai dan kadar pengurangan kompaun bagi kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kadar kompaun terkini yang dikenakan serta diskaun yang ditawarkan.

KADAR KOMPAUN MENGIKUT KATEGORI KESALAHANAN

Kategori 1

Individu dikompaun dalam kategori 1 melibatkan:

  • Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi atau memberi impak jangkitan Covid-19 kepada komuniti pada skala yang besar

Kompaun dikenakan bagi kesalahan kategori 1 adalah:

  • Kesalahan Individu: RM5,000
  • Kesalahan Perbadanan: RM25,000

Kategori 2

Individu dikompaun dalam kategori 2 melibatkan:

  • Kesalahan yang menyebabkan risiko penularan yang tinggi namun tidak memberi impak jangkitan COVID 19 kepada komuniti

Kompaun dikenakan bagi kesalahan kategori 2 adalah:

  • Kesalahan Individu: RM3,000 hingga RM4,000
  • Kesalahan Perbadanan: RM20,000

Kategori 3

Individu dikompaun dalam kategori 3 melibatkan:

  • Kesalahan menyebabkan risiko penularan jangkitan COVID-19 yang rendah dan tiada kesan langsung kepada penularan dalam komuniti.

Kompaun dikenakan bagi kesalahan kategori 3 adalah:

  • Kesalahan Individu: RM1,500 hingga RM2,000
  • Kesalahan Perbadanan: RM10,000

KADAR DISKAUN

Seperti dimaklumkan, individu dikompaun yang membayar kompaun dalam tempoh tertentu akan mendapat diskaun seperti berikut:

  • Bayar dalam masa 1 – 7 hari dari tarikh kompaun: 50% diskaun
  • Bayar dalam masa 8 – 14 hari dari tarikh kompaun: 25% diskaun
  • Bayar selepas 14 hari dari tarikh kompaun: TIADA PENGURANGAN KOMPAUN

Untuk makluman anda, individu yang dikenakan kompaun lebih daripada sekali tidak akan mendapat sebarang pengurangan kompaun.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma