Cara Mohon Jawatan MySTEP PTPK Guna Minima Sijil SPM/ Diploma/ Degree

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Terkini, PTPK mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai personel MySTEP di PTPTK seperti yang diiklankan.

Lepasan sekolah atau individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai kelayakan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mohon pengambilan MySTEP yang dibuka sepanjang masa ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Nama jawatan: MySTEP
  • Taraf jawatan: Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma & Ijazah Sarjana Muda
  • Tarikh tutup permohonan: Dibuka sepanjang tahun 2022

NAMA JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  • Personel MySTEP – SPM
  • Personel MySTEP Penolong Pegawai Teknologi Maklumat – Diploma
  • Personel MySTEP Pegawai Teknologi Maklumat – Ijazah Sarjana Muda

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang berminat bagi lantikan jawatan ditawarkan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dari tutup iklan
  • Berkelayakan seperti dinyatakan oleh setiap jawatan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Boleh bekerja secara berpasukan 

Semak syarat kelayakan maklumat penuh bagi setiap jawatan DI SINI.

Calon-calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

CARA MOHON MYSTEP PTPK

Calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas boleh buat mengemukakan permohonan secara atas talian dengan menggunakan Google Account melalui pautan Google Form berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Encik Mohd Khalil: 03 4047 6099 / khalil@ptpk.gov.my
  • Encik Amir: 03 4047 6096 / amir@ptpk.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma