Cara Mohon Jawatan MySTEP Pembantu Tadbir Pelbagai Bahagian NADMA Dengan Sijil SPM

Anda graduan atau lepasan sekolah yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2022/2023.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan NADMA dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon akan ditempatkan di pelbagai bahagian mengikut jawatan seperti diiklankan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Nama jawatan: MySTEP
  • Penempatan: Pelbagai bahagian
  • Tarikh tutup permohonan: 10 November 2022

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan yang dibuka bagi pengambilan MYSTEP di NADMA:

  1. Personel MySTEP Pegawai Komunikasi Korporat (Unit Komunikasi Korporat)
  2. Personel MySTEP Pegawai Pemantauan Pelaksanaan Operasi (Seksyen Pelaksanaan Operasi)
  3. Personel MySTEP Pembantu Tadbir (SMART)
  4. Personel MySTEP Pembantu Tadbir (Seksyen Dasar)
  5. Personel MySTEP Pembantu Tadbir (Seksyen Penyelarasan Operasi)
  6. Personel MySTEP Pembantu Tadbir (Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial)
  7. Personel MySTEP Pembantu Tadbir (Seksyen Kewangan & Akaun)

CARA MOHON

Bagi calon-calon yang berminat dan berkelayakan, anda mestilah hantarkan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum atau pada 10 November 2022 (Isnin) jam 12 tengahari:

  • Surat Permohonan jawatan
  • Resume terkini beserta gambar berwarna
  • Salinan sijil berkaitan (Ijazah/ Diploma/ SPM)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Vaksinasi

Sila emelkan permohonan kepada alamat emel berikut:

  • hr@nadma.gov.my
  • nurema@nadma.gov.my

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga secara atas talian.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma