Tawaran MySTEP Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah, Mohon Melalui Email

Anda graduan atau lepasan SPM yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2023.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon akan ditempatkan di Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah, Kelantan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah
  • Jawatan: Personal MySTEP (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29)
  • Penempatan: Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerinan Kemajuan Desa dan Wilayah
  • Kadar Upah: RM1,800 sebulan
  • Tarikh tutup permohonan: 25 Januari 2023

TUGAS JAWATAN

  • Mengurus dan membantu pengoperasian sidang video / audio visual di pejabat dan luar pejabat (sekiranya terdapat program/ mesyuarat diadakan di luar pejabat)
  • Mengurus dan memantau penyelenggaraan berkala perkakasan ICT yang dilaksanakan oleh pembekal
  • Membantu kerja-kerja teknikal berkaitan perisian seperti pc formattin dan instalasi perisian
  • Membantu dalam memberi khidmat nasihat teknikal ICT kepada pengguna

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Memiliki sekurang-kurangnya DIploma dalam bidang Teknologi Maklumat atau Sains Komputer atau Kejuruteraan Perisian atau setara

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum atau pada 25 Januari 2023 dengan menghantar resume (beserta gambar berukuran passport) melalui emel kepada alamat email berikut:

  • surizalman@ruralink.gov.my; dan
  • yusliana@ruralink.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas 2 minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma