Cara Mohon Jawatan MySTEP Jabatan Perangkaan Malaysia Guna Sijil SPM

Anda graduan atau lepasan SPM yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2023.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda isi borang permohonan online di pautan disediakan sebelum tarikh tutup permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Jabatan Perangkaan Malaysia
  • Jawatan: Pembantu Perangkaan E19 (Personel MySTEP)
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
  • Tarikh tutup permohonan: 16 September 2023

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 35 tahun
  • Memiliki SPM
  • Kepujian bahasa Malaysia & lulus matematik
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kenderaan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan mulai 1 Februari 2023 hingga 16 September 2023.

Permohonan boleh dibuat hadir ke pejabat berikut:

  • Pejabat Operasi Langkawi,
    Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Kedah
    Blok A-1-4, Tingkat 1, Kompleks Dermaga Tanjung Lembung,
    07000 Langkawi

Permohonan juga boleh dibuat dengan menhantar resume ke alamat email berikut:

  • Email: po.langkawi@dosm.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma