Cara Mohon Jawatan MySTEP Jabatan Imigresen Malaysia Melalui Email

Jabatan Imigresen Malaysia ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personal Short Term Employment Program (MySTEP) pelbagai bidang seperti yang diiklankan.

Kepada graduan atau lepasan SPM yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah Sarjana Muda, Jabatan Imigresen Malaysia mempelawa anda untuk mohon kekosongan MySTEP yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen dinyatakan ke alamat email yang dikongsikan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Imigrsen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri
  • Nama jawatan: Personel MySTEP
  • Penempatan: Putrajaya
  • Tarikh tutup permohonan: 20 Januari 2023

KEMUDAH MYSTEP

Antara kelebihan disediakan kepada kemudahan MySTEP adalah:

  • Upah bulanan
  • Cuti rehat
  • Cuti sakit
  • Caruman KWSP & PERKESO

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Lulus dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
  • Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang Pengurusan, Kewangan dan Teknologi Maklumat akan diberi keutamaan

CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan dengan menghantar resume (beserta gambar berukuran passport) melalui emel kepada alamat email berikut:

  • eVCOMM@imi.gov.my

Setiap permohonan mestilah disertakan bersama salinan-salinan berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil SPM/ Diploma dan Ijazah
  • Dokumen sokongan yang berkaitan

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas 2 minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma