Cara Mohon Personel MySTEP Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Melalui Email

Anda graduan yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2023.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon akan ditempatkan di Unit Integriti, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jawatan: Personal MySTEP (Pegawai Pembangunan Perisian)
  • Penempatan: Putrajaya
  • Kadar Upah: RM2,100 sebulan
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Januari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Berdikari dan berdedikasi
  • Berkebolehan dalam bidang pembangunan sistem
  • Bertanggungjawab

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan segera selewat-lewatnya 31 Januari 2023 dengan menghantar RESUME TERKINI (beserta gambar berukuran passport), salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik melalui emel kepada alamat email berikut:

  • mazila@bomba.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas 2 minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma