MyKasih Kapital: Mohon Bantuan Modal Perniagaan RM1,000 Buat Wanita

Kerajaan akan menambah inisiatif sedia ada yang dikenali sebagai MyKasih Kapital dengan modal maksimum sebanyak RM1,000 kepada sekurang-kurangnya 2000 penerima terdiri daripada peniaga golongan wanita yang berkelayakan.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumumannya, inisiatif tersebut adalah bantuan suntikan modal perniagaan buat peniaga yang memerlukan. Kini, permohonan bagi bantuan MyKasih Kapital telah dibuka seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan MyKasih Kapital dan cara membuat permohonan.

BANTUAN MYKASIH KAPITAL

Program Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021. Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

OBJEKTIF BANTUAN

Bantuan MyKasih Kapital diberikan dengan matlamat untuk:

  • Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

GOLONGAN SASARAN

Kerajaan mensasarkan golongan yang bakal menerima bantuan menerusi MyKasih Kapital adalah terdiri daripada peniaga WANITA yang memulakan perniagaan secara:

  • e-dagang; atau
  • dropship

KADAR BANTUAN

Setiap individu yang layak akan menerima bantuan untuk modal perniagaan berjumlah:

  • Maksimum RM1,000

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon yang layak dipertimbangkan untuk menerina bantuan modal perniagaan menerusi Program Bantuan MyKasih Kapital adalah terdiri daripada:

  • Golongan wanita
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  • Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  • Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH KAPITAL

Golongan wanita yang berminat nak mulakan perniagaan dan memerlukan bantuan modal kewangan boleh mohon bantuan yang disediakan ini dengan mengisi borang permohonan secara atas talian. Permohonan bantuan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Langkah itu seiring menyokong pemerkasaan negara khususnya dalam fasa pemulihan negara akibat pandemik Covid-19. Golongan wanita disarankan untuk memohon dan memanfaatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini untuk mengubah nasib kehidupan melalui perniagaan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma