MyBeras@Wilayah: 5,750 Kampit Beras Percuma Setiap Minggu Buat Keluarga B40

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mulakan program MY5 sekitar pertengahan tahun lepas dengan kapasiti yang kecil. Kementerian Wilayah persekutuan telah memaklumkan akan memperkasakan Program MY5 bagi membasmi kemiskinan bandar sekali gus menambah baik jaringan keselamatan sosial dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Program MY5 yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2021 adalah meliputi pelbagai aspek dalam membantu pelbagai golongan yang layak. Salah satu bantuan akan diberikan adalah menerusi Program MyBeras@Wilayah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian beras percuma buat golongan yang layak.

PEMBERIAN BERAS PERCUMA

Kerajaan akan menyumbangkan sebanyak 5,750 kampit beras percuma kepada keluarga golongan B40:

  • SETIAP MINGGU (Bermula 31 Januari 2021)

GOLONGAN YANG LAYAK

Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan melalui Program MyBeras@Wilayah akan sumbangkan beras percuma setiap minggu kepada kumpulan keluarga B40 di:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

Pelaksanaan bantuan MyBeras@Wilayah tersebut adalah melalui Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang disiar secara langsung semalam.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma