Monsun Timur Laut: Hujan Lebat Dijangka Berlaku Di Beberapa Negeri Ini Sehingga Mac 2022
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menolak kemungkinan cuaca tidak menentu ketika ini akan menyebabkan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku awal November ini, sebagai ekstrem.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hui, berkata bagaimanapun negara pernah mengalami Monsun Timur Laut `ekstrem’ pada tahun 2014 yang menyebabkan banjir terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Monsun Timur Laut (Musim Tengkujuh) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Isi Kandungan
MONSUN TIMUR LAUT (MUSIM TENGKUJUH)
Monsun Timur Laut (Musim Tengkujuh) dijangka akan berlaku:
- Bermula 3 November 2021 hingga Mac 2022
- 4 – 6 episod hujan lebat dijangka berlaku
- Kebanyakan tempat di Malaysia terima hujan pada paras purata sepanjang monsun kali ini
November 2021 – Awal Januari 2022
Hujan lebat dijangka berlaku di:
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
- Johor
Januari 2022 – Februari 2022
Hujan lebat dijangka berlaku di:
- Sabah
- Sarawak
PERINGATAN JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memberi peringatan kemungkinan akan berlaku:
Risiko Banjir
- Kawasan berkedudukan rendah
- Kawasan kerap banjir
Banjir Lebih Buruk Jika
- Hujan lebat berlaku serentak kejadian air pasang besar
- Berlaku luruan ribut
Amaran
- Tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh akibatkan:
– Laut bergelora & ombak besar di perairan Laut China Selatan
– Kawasan pantai mengalami risiko kenaikan paras laut
NASIHAT ORANG RAMAI
Orang ramai dinasihatkan untuk:
- Bersiap sedia hadapi musim tengkujuh
- Sentiasa peka amaran hujan lebat, angin kencang & laut bergelora melalui:
– www.met.gov.my
– Aplikasi myCuaca
– Laman media sosial