Sijil MUET/ Slip Keputusan Hilang? Ini Cara Untuk Anda Mohon Semula
Seperti yang kita tahu, sijil Malaysian University English Test (MUET) adalah penting untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Malaysia. Setiap calon wajib duduki peperiksaan MUET untuk melayakkan diri. Apabila dah lulus, calon akan mendapat satu sijil MUET yang akan digunakan untuk permohonan melanjutkan pengajian nanti.
Namun sekiranya anda kehilangan sijil MUET anda, jangan risau. Anda boleh dapatkan semula dengan membuat permohonan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat permohonan semula sijil MUET yang hilang.
Isi Kandungan
CARA MOHON SEMULA SIJIL MUET
Berikut adalah panduan membuat permohonan untuk sijil MUET:
- Salinan sijil MUET merupakan salinan kepada sijil MUET yang asal
- Calon bagi ujian sesi November 2013 ke atas sahaja yang layak membuat permohonan salinan sijil MUET
- Lengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET (MPM/S2)
- Hantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) beserta bayaran sebanyak RM40.00 sebagai caj perkhidmatan
Dapatkan borang permohonan di pautan bawah:
CARA MOHON SEMULA SLIP KEPUTUSAN MUET
Berikut adalah panduan membuat permohonan slip keputusan MUET:
- Slip Keputusan MUET adalah satu dokumen penyata yang sah mengandungi:
a) Nama
b) Nombor kad pengenalan
c) Sesi ujian
d) Angka giliran
e) Keputusan MUET
f) Tarikh luput - Permohonan Slip Keputusan MUET boleh dilakukan oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi
- Calon perlu lengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPM/MUET (MPM/S3).
- Hantarkan ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) beserta bayaran mengikut permohonan:
RM20.00 untuk permohonan kali pertama
RM30.00 untuk permohonan kali kedua
RM50.00 untuk permohonan kali ketiga
Dapatkan borang permohonan di pautan bawah:
Baca juga: Sijil Peperiksaan SPM, PMR, PT3 atau UPSR Hilang? Ini Cara Untuk Anda Mohon Semula
TEMPOH PENGHANTARAN SIJIL MUET
Bagi calon yang memohon melalui pos, Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET akan dipos kepada calon dua hari selepas permohonan yang lengkap diterima di MPM, manakala calon yang memohon di kaunter MPM akan menerima Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan yang lengkap diterima di kaunter.