Cara Mohon Semakan Semula Gaji Setaraf Ijazah Sarjana (Master)/ PhD Buat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Rupanya masih ramai di kalangan guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang ada kelayakan Ijazah Sarjana (master) atau PhD boleh mohon untuk semakan semula penetapakan gaji setaraf dengan kelayakan yang ada. Seperti yang kita tahu, penetapan gaji bagi gred 41 adalah mengikut kelayakan Ijazah Sarjana Muda.

Namun sekiranya PPP DG41 ada kelayakan Ijazah Sarjana (Master)/ PhD, anda boleh mohon untuk semakan semula gaji setaraf dengan kelayakan yang anda ada. Namun, setiap permohonan mestilah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan semakan semula penetapan gaji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 dengan kelayakan master/ PhD.

SYARAT KELAYAKAN

Bagi melayakkan seseorang guru itu layak membuat permohonan adalah tertakluk pada syarat yang telah ditetapkan oleh SPP berikut:

  • Layak bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan posting kali pertama sahaja
    (Nota: Terpakai pada permohonan tanpa pengalaman. Namun bagi permohonan dengan pengalaman boleh rujuk semula dengan pihak SPP)
  • Ijazah Sarjana/ PhD mesti diperoleh sebelum lapor diri
    (Nota: Tarikh skrol adalah SEBELUM tarikh lapor diri)
    – Bagi situasi individu yang kongsikan panduan ini, beliau terima surat tawaran lebih awal sebelum tamat master tetapi lapor diri setelah skrol dikeluarkan oleh senat. Tempoh 4 bulan lepas dapat surat tawaran dari tarikh lapor diri.
  • Bidang master/ PhD yang mempunyai akreditasi MQA/MQR
    (Nota: Tidak semua bidang pengajian master/ PhD di universiti mempunyai akreditasi MQA/ MQR. Anda boleh semak akreditasi bidang pengajian di www2.mqa/esisraf.cfm
  • Bidang master/ PhD perlu berkaitan dengan tagging/ opsyen guru mengajar di sekolah
    (Nota: Sekiranya tagging guru pada surat penempatan atau di sekolah adalah Bahasa Cina, manakala mempunyai master dalam bidang Bahasa Melayu, Pihak SPP maklumkan permohonan seperti kes tersebut adalah DITOLAK. Sekiranya terdapat situasi terpencil, pihak SPP maklumkan bahawa panel penilai terdiri daripada pihak pembangun kurikulum dan akan dinilai melalui tranksrip yang disertakan bersama permohonan guru)
  • Permohonan hanya diterima dalam tempoh masa 3 tahun selepas guru melapor diri

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan boleh dibuat dengan menyediakan dokumen berikut:

  • Surat Permohonan
  • Salinan Skrol
  • Salinan Transkrip
  • Salinan MQA/ MQR
  • Surat Tawaran PPPDG41
  • Surat Penempatan JPN
  • Surat pengesahan Pelantikan

CARA MOHON

Berikut adalah panduan buat permohonan semakan semula penetapan gaji PPP DG41 setaraf dengan kelayakan Ijazah Sarjana (Master)/ PhD:

  1. Sediakan Surat Permohonan Semakan Semula Gaji kepada Pengetua Sekolah
  2. Dapatkan sop dan sign Pengetua Sekolah
  3. Serahkan surat permohonan kepada AKP bertugas surat dan dokumen yang diperlukan
  4. Pihak sekolah bertanggungjawab uruskan permohonan seperti surat permohonan kepada SPP dan juga penghantaran kesemua dokumen guru
    (Nota: bagi situasi pihak sekolah/AKP yang meminta guru uruskan secara sendiri. Pihak SPP sedia maklumkan bahawa permohonan hanya diterima melalui pihak sekolah. Sekiranya terdapat kes terpencil, guru boleh berhubung semula dengan pihak SPP untuk maklumat lanjut)

Tempoh pemprosesan permohonan adalah dari 2 bulan hingga 12 bulan. Anda boleh rujuk Skim Perkhidmatan PPP mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 berkenaan jumlah gaji peringkat Ijazah Sarjana dan PhD.

Anda boleh rujuk contoh permohonan yang dikongsikan oleh Syafiq Nasir melalui laman Facebook:

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma