Mohon Rumah Mampu Milik Johor: Syarat Kelayakan & Permohonan Online

Menjadi impian setiap orang untuk memiliki rumah sendiri. Sampai bila kan nak menyewa di rumah orang? Rumah merupakan salah satu aset penting tidak kira untuk golongan bujang, keluarga kecil ataupun keluarga besar.

Dengan harga rumah yang semakin meningkat dari setiap tahun, semakin ramai yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Namun dalam kesusahan yang dialami rakyat, kerajaan Malaysia dan juga negeri tidak pernah berhenti membantu dengan menyediakan pelbagai inisiatif.

Kerajaan negeri Johor telah memperkenalkan Program Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di mana rumah-rumah ini dijual khas kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang berhasrat untuk  memiliki rumah sendiri.

Ikut perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) beserta syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.

RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ)

RMMJ adalah rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor di bawah Projek Rumah Mampu Biaya dengan tujuan untuk menawarkan skim yang boleh membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang menetap di negeri Johor.

Permohonan bagi program RMMJ ini sangat mudah kerana semuanya boleh dilakukan secara online di laman web e-Rumah Johor.

Semak syarat-syarat kelayakan yang disertakan dan pastikan anda memenuhi semuanya untuk membuat permohonan dan memilih projek rumah yang sesuai dengan kelayakan anda.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi membuat permohonan Rumah Mampu Biaya Johor (RMB) dan Lot Bumiputera adalah:

1) Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di Johor selama 10 tahun
  • Tak melebihi had pendapatan seisi rumah:
    • RMB A – RM4,000
    • RMB B – RM6,000
    • RMB C – RM8,000
    • RMB D – RM10,000
    • KKS – RM13,000
  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Hanya SATU permohonan bagi pasangan suami / isteri
  • Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
  • Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
  • Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
  • Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
  • Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
  • Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran

2) Lot Bumiputera

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Pemohon mestilah bertaraf bumiputera
  • Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon

CARA MEMOHON

Untuk memohon mana-mana projek di bawah Rumah Mampu Milik Johor, ikuti langkah berikut:

  1. Mendaftar akaun baru DI SINI jika masih belum mempunyai akaun
  2. Login ke akaun SUKJ untuk kemaskini maklumat
  3. Pilih projek perumahan dan hantar permohonan

Bagi permohonan RMMJ, anda perlu menghantar dokumen di kaunter sepanjang tempoh pengiklanan. Jika anda layak, anda akan dipanggil untuk proses pengundian.

Mohon Rumah Mampu Milik Johor: Syarat Kelayakan & Permohonan Online

SENARAI LOKASI RMMJ

Antara lokasi Rumah Mampu Milik Johor yang ada ialah:

  1. Kluang
  2. Pulai
  3. Tebrau
  4. Johor Bahru
  5. Mersing

SENARAI PROJEK YANG DIBUKA DAN CADANGAN PROJEK BARU

Projek Yang Dibuka

Senarai Rumah Mampu Milik Johor pula hanya ada TIGA projek yang dibuka untuk jualan iaitu:

Cadangan Projek Baru

Antara cadangan projek baru adalah:

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk membuat semakan status permohonan, anda boleh lakukan DI SINI dengan memasukkan nombor kad pengenalan yang digunakan semasa mendaftar.

CONTOH RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

Mohon Rumah Mampu Milik Johor: Syarat Kelayakan & Permohonan Online Mohon Rumah Mampu Milik Johor: Syarat Kelayakan & Permohonan Online Mohon Rumah Mampu Milik Johor: Syarat Kelayakan & Permohonan Online Mohon Rumah Mampu Milik Johor: Syarat Kelayakan & Permohonan Online

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Mampu Milik Johor, anda boleh rujuk Soalan Lazim dan Manual Pengguna di pautan bawah:

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh ajukan di talian 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262 atau emel ke erumah@johor.gov.my.  Anda juga boleh HANTAR pertanyaan anda DI SINI

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma