Dah Dapat Tarikh Lapor Diri Tapi Nak Tangguh? Ini Cara Mohon Penangguhan Tarikh Lapor Diri/ Bertugas

Tahniah bagi yang dah dapat tawaran kerja sama ada dalam sektor awam atau swasta! Anda ada urusan yang perlu diselesaikan pada tarikh lapor diri atau tarikh bertugas yang dinyatakan? Jangan risau, anda boleh buat permohonan untuk tangguh dahulu tarikh lapor diri atau bertugas dengan mudah.

Namun alasan yang diberikan untuk mohon penangguhan tarikh mestilah muhasabah dan boleh diterima. Nak buat permohonan penangguhan tarikh mestilah ikut prosedur yang betul dan kemukakan surat permohonan rasmi kepada pihak berkaitan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui prosedur membuat permohonan penangguhan tarikh lapor diri / bertugas serta contoh surat permohonan untuk rujukan.

ALASAN PENANGGUHAN LAPOR DIRI/ BERTUGAS

Antara alasan yang boleh digunakan untuk mohon penangguhan tarikh lapor diri atau bertugas adalah:

  • Terikat dengan hal serah menyerah tugasan syarikat semasa
  • Mengikut notis bekerja sebulan  yang berakhir pada _____
  • Sedang berada di luar kawasan sehingga tarikh lapor diri yang dinyatakan
  • Ada urusan yang tidak dapat dielakkan seperti pembedahan, perkahwinan, rawatan dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan.

PANDUAN MOHON PENANGGUHAN LAPOR DIRI/ BERTUGAS

Bagi yang nak mohon penangguhan tarikh lapor diri atas bertugas, anda boleh buat permohonan dengan ikut panduan berikut:

  1. Telefon dahulu Bahagian Sumber Manusia dan nyatakan tujuan anda.
  2. Minta khidmat nasihat Pengurus Bahagian Sumber Manusia mengenai penangguhan lapor diri anda.
  3. Membuat surat permohonan penangguhan dengan format yang betul. Jika ada sebarang dokumen sokongan, sertakan bersama.
  4. Emel kepada Pengurus, Bahagian Sumber Manusia atau yang berkaitan.
  5. Pastikan anda menerima maklumbalas daripada wakil syarikat baru.

CONTOH SURAT PERMOHONAN PENANGGUHAN LAPOR DIRI/ BERTUGAS

Untuk rujukan anda, lihat perkongsian contoh surat permohonan penangguhan tarikh melapor diri atau bertugas di bawah:

Sekiranya anda mempunyai sebab serta alasan yang lain daripada contoh diatas, nyatakan sahaja ke dalam surat permohonan anda.

Jika anda diminta untuk melapor diri dahulu sebelum bertugas, dinasihatkan untuk melapor diri dahulu dengan membawa bersama surat penangguhan bertugas anda dan minta jasa baik Pengurus Bahagian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan permohonan anda.

Anda juga boleh meminta jasa baik pihak majikan syarikat terdahulu untuk membolehkan anda berhenti lebih awal daripada notis yang diberikan.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma