Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MYFutureJobs PERKESO

MYFutureJob adalah satu portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya dilancarkan susulan program Penjana Kerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

PERKESO menggalakkan semua rakyat Malaysia yang menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan lengkap daftar, login dan cari kerja di portal MyFutureJobs.

CARA DAFTAR PORTAL MYFUTUREJOBS

Bagi penganggur yang ingin mendaftarkan diri ke dalam Portal MYFutureJob untuk mencari pekerjaan, sila ikut langkah ini:

  1. Layari portal MYFutureJobs
  2. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO
  3. Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO
  4. Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register
  5. Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.

CARA LOGIN PORTAL MYFUTUREJOBS

Setelah mendaftar, ikut langkah berikut untuk log masuk ke portal:

  1. Layari portal MYFutureJobs
  2. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  3. Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari

PANDUAN CARI KERJA

Individu yang ingin mencari kerja boleh menggunakan 3 kaedah untuk membuat pencarian kerja di Portal MYFutureJobs. Iaitu carian melalui jenis jawatan yang diingini, lokasi kerja yang dicari ataupun melalui nama majikan yang anda mahu.

Cari Kerja Melalui Jawatan

  1. Layari laman web MYFutureJobs. Log masuk menggunakan akaun yang didaftar.
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO
  2. Masukkan jenis jawatan yang anda mahu di ruangan “Job title or skill
  3. Jika anda ingin spesifikkan carian di lokasi yang anda mahu, masukkan lokasi di ruangan “State or City“. (jika anda tidak kisah lokasi di mana, sila kosongkan)
  4. Klik “Search
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO
  5. Jumlah jawatan yang ditawarkan di lokasi yang anda mahu akan dipaparkan
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO
  6. Pilih syarikat yang anda minat, portal akan paparkan maklumat lengkap mengenai jawatan yang ditawarkan
  7. Klik Apply jika anda mahu memohon
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO

Cari Kerja Melalui Lokasi Yang Dikehendaki

  1. Layari laman web MYFutureJobs. Log masuk menggunakan akaun yang didaftar.
  2. Masukkan lokasi di ruangan “State or City
  3. Klik “Search
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO
  4. Anda juga boleh klik pada negeri yang anda mahu di laman utama portal MYFutureJobs.
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO
  5. Jumlah jawatan yang ditawarkan di lokasi yang anda mahu akan dipaparkan
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO
  6. Pilih syarikat yang anda minat, portal akan paparkan maklumat lengkap mengenai jawatan yang ditawarkan
  7. Klik Apply jika anda mahu memohon
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO

Cari Kerja Melalui Nama Majikan

  1. Layari laman web MYFutureJobs. Log masuk menggunakan akaun yang didaftar
  2. Masukkan nama majikan di ruangan “Job title or skill
  3. Klik “Search
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO
  4. Jumlah jawatan yang ditawarkan oleh majikan yang anda mahu akan dipaparkan
  5. Pilih jawatan yang anda minat, portal akan paparkan maklumat lengkap mengenai jawatan yang ditawarkan
  6. Klik Apply jika anda mahu memohon
    Panduan Lengkap Cari Kerja Di Portal MyFutureJobs PERKESO

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk memudahkan para pencari kerja membuat pencarian kerja melalui portal MYFutureJobs PERKESO ini. Selamat memohon!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma