Cara Mohon Pelbagai Jawatan UPSI Dengan Kelayakan SPM, STPM, Diploma & Degree
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai UPSI No.1 Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.
Bagi yang berminat dengan pelbagai jawatan ditawarkan, anda boleh isi kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan melalui sistem Online Job Application UPSI selewat-lewatnya 5 Januari 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara mohon jawatan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Taraf jawatan: Kontrak/ Tetap
- Tarikh tutup permohonan: 5 Januari 2023
SENARAI JAWATAN
UPSI mempelawa orang ramai yang berkelayakan untuk mohon jawatan bertaraf Kontrak seperti di bawah:
- Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Bidang Perakaunan dan Pemasaran) Gred 41
- Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 19
- Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Pengawal Keselamatan) Gred 11
- Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Pengasuh) Gred 11
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan, anda boleh mendaftar dan membuat permohonan melalui laman Online Job Application UPSI di pautan berikut:
Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses. Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.
Setelah permohonan lengkap diisi, sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/ dilekatkan. Sila sertakan salinan dokumen/ sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas seperti berikut:
- Kad Pengenalan;
- Ijazah Sarjana Muda/Diploma (jika berkaitan);
- Transkrip Akademik (jika berkaitan);
- Sijil Matrikulasi KPM/STPM/STAM/SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM/PT3/PMR/SRP atau setaraf (jika berkaitan);
- Sijil Kokurikulum; dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Hantar kan permohonan anda ke alamat berikut:
- Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Perjawatan BSM di talian berikut:
- No. Telefon : 05 – 450 6328 / 6338 / 6399 / 6339 / 6340
- Emel : bsm.perjawatan@upsi.edu.my