Tawaran Jawatan Pembantu & Pegawai Tadbir Di UM Terbuka Buat Lepasan SPM & Degree
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan kosong bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Sokongan di Universiti Malaysia (UM) mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah.
Pelbagai jawatan kosong kini dibuka kepada orang ramai dari pelbagai latar belakang pendidikan termasuk lepasan SPM. Calon yang berminat boleh buat permohonan secara dalam talian melalui sistem e-recruitment.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan dan panduan lengkap membuat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Universiti Malaya (UM)
- Nama jawatan: Pelbagai jawatan
- Kumpulan jawatan: Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Sokongan
- Tarikh Tutup Permohonan: 11 November 2022
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:
- Pegawia Tadbir N41 (Penyelidikan)
- Pegawai Tadbir N41 (Hal Ehwal Pelajar )
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19
DESKRIPSI TUGAS
Pegawai Tadbir N41 (Penyelidikan)
- Pengurusan perkara-perkara berkaitan penyelidikan di Fakulti seperti pengurusan geran penyelidikan, penerbitan, jalinan kerjasama penyelidikan dan perundingan dll
- Pengurusan program eksekutif
- Pemantauan MoA/MoU Fakulti
- Menguruskan penubuhan Unit Penyelidikan Fakulti
- Pengesahan data sistem UMEXPERT
- Penyelarasan keperluan data penyelidikan/penerbitan
Pegawai Tadbir N41 (Hal Ehwal Pelajar)
- Pengurusan program/aktiviti pembangunan pelajar
- Pengurusan program intervensi pelajar
- Penyelarasan dan pemantauan maklumat dan aktiviti berkaitan pembangunan pelajar
- Pengurusan dan penyelarasan persatuan-persatuan pelajar
- Pengurusan alumni Fakulti
- Pengurusan dan pelaksanaan urusan berkaitan kebajikan pelajar
Pembantu Tadbir N19
- Pengurusan program/aktiviti pembangunan pelajar
- Pengurusan program intervensi pelajar
- Penyelarasan dan pemantauan maklumat dan aktiviti berkaitan pembangunan pelajar
- Pengurusan dan penyelarasan persatuan-persatuan pelajar
- Pengurusan alumni Fakulti
Pengurusan dan pelaksanaan urusan berkaitan kebajikan pelajar
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
Pembantu Tadbir N19
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai Tadbir N41
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
Individu yang berminat boleh buat permohonan jawatan kosong di Universiti Malaya dengan langkah berikut:
- Pergi ke laman https://career.um.edu.my/
- Bagi yang belum pernah mendaftar, klik REGISTER
- Lengkapkan maklumat diminta dan klik Daftar untuk buat Pendaftaran Baru
- Gunakan maklumat ID dan kata laluan yang didaftarkan untuk Login
- Lengkapkan SEMUA Butiran Peribadi dan Maklumat Pendidikan
- Pergi ke bahagian Permohonan Jawatan dan pilih jawatan yang ingin dimohon
- Akhir sekali, setelah lengkapkan semua permohonan pastikan anda sahkan
- Simpan Resume yang dipaparkan untuk dibawa ke temuduga sekiranya dipanggil
TEMPOH SAH LAKU data calon dalam sistem e-Recruitment adalah selama satu (1) tahun. Jika tiada proses kemaskini rekod atau permohonan baru dalam tempoh setahun, data pemohon akan secara automatik dipadamkan dari rekod. Selepas tamat tempoh sah laku, sekiranya pemohon ingin memohon jawatan di Universiti Malaya, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mendaftar semula dalam Sistem e-Recruitment.
DOKUMEN TEMUDUGA
Pemohon yang berjaya disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga diminta membawa bersama:
- satu (1) salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan bersama dokumen asal;
- satu (1) salinan Sijil Lahir yang telah disahkan bersama dokumen asal;
- satu (1) salinan Resume yang telah dicetak dari sistem e-recruitment semasa permohonan dibuat;
- satu (1) salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan bersama dokumen asal;
- satu (1) salinan sijil-sijil lain yang berkenaan yang telah disahkan bersama dokumen asal; dan
- Borang Pengesahan Ketua Jabatan – Lampiran Y bersama kenyataan perkhidmatan, borang Penilaian Prestasi terkini dan surat sokongan dari Ketua Jabatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sahaja)
Bahagian Sumber Manusia, Universiti Malaya akan memaklumkan status permohonan semasa pemohon (panggilan ujian, panggilan temu duga dan surat tawaran pelantikan) melalui laman web ini (http://e-recruitment.um.edu.my) iaitu pada pautan Rekod dan Status Permohonan.
Notis pemberitahuan juga akan dihantar melalui email yang telah didaftar. Pemohon dikehendaki sentiasa menyemak email dan status permohonan ini bagi mengetahui maklumat terkini status permohonan masing-masing.