Tawaran Jawatan Pensyarah Gred DH41 & DH29 Dengan Kelayakan Diploma & Degree Pelbagai Bidang

Berminat nak jadi seorang tenaga pengajar atau pensyarah di Institut Pengajian Tinggi (IPT)? Salah satu cara untuk menjadi seorang pensyarah adalah dengan mengisi kekosongan jawatan dikenali sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. Urusan pengambilan jawatan ini adalah dibuka oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang boleh dimohon melalui sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (MySPP).

Terkini, Suruhanjaya perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan mengadakan urusan pengambilan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DG29 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi bidang pengkhususan tertentu.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi pensyarah dan memenuhi syarat kelayakan dipelawa untuk mohon jawatan ini sekarang. Info lanjut jawatan dan panduan permohonan boleh didapatkan di bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
  • Nama jawatan: Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 & DH29
  • Lokasi Kekosongan: Semenanjung, Sabah & Sarawak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 24 Julai 2022 (Ahad)

BIDANG PENGKHUSUSAN DAN KELAYAKAN

Bidang pengkhususan dan kelayakan ditawarkan adalah seperti berikut:

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan jawatan hendaklah memiliki kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memenuhi syarat kelayakan khusus yang diminta

CARA MOHON JAWATAN

Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan yang ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan panduan berikut:

Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal MySPP di pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp. Individu yang masih belum pernah mendaftar MySPP boleh DAFTAR MYSPP sebelum buat permohonan.

Dah daftar, masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan, klik LOG MASUK.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Dah selesai lengkapkan maklumat, pergi ke bahagian JAWATAN DIMOHON. Masukkan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 & Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29  di bahagian Jawatan yang dimohon.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Pilih pusat temuduga/ Ujian Khas dan klik SIMPAN

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Sahkan jawatan yang dimohon. Klik saya setuju dan HANTAR

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Permohonan anda telah berjaya dihantar! Slip Perakuan Permohonan Jawatan SPP akan dipaparkan. Cetak untuk rujukan akan datang.

Cara Mohon Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 (Pensyarah IPT)

Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan, anda boleh terus layari laman sesawang www.spp.gov.my.

Baca juga: Senarai Laluan Menjadi Seorang Pensyarah

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma