Cara Mohon Jawatan Di Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Dengan SPM & Ijazah

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.

Pasti anda pernah dengan tawaran pembiayaan daripada PUNB kan? Bagi yang berminat nak bina kerjaya bersama syarikat yang disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri ini, anda boleh buat permohonan secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

JAWATAN DITAWARKAN

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) kini membuka peluang orang ramai mengisi kekosongan bagi jawatan tersebut:

  • Pekerja Rencam (Tarikh tutup permohonan 28 Februari 2022)
  • Litigation Admin Executive (Tarikh tutup permohonan 20 Mac 2022)

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

Pekerja Rencam

  • SPM atau Sijil Kemahiran
  • Memiliki motosikal dan lesen memandu yang sah
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Berkemahiran dalam pertukangan adalah digalakkan
  • Berdisiplin, bertanggungjawab serta boleh mengikut arahan yang diberikan
  • Kebolehan berkomunikasi interpersonal yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan, etika yang baik dan memiliki inisiatif
  • Calon-calon akan ditawarkan kontrak selama 1-2 tahun dengan peluang yang luas untuk diserapkan ke jawatan tetap.

Litigation Admin Executive

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang atau setaraf
  • Minimum 2 tahun dalam mengendalikan urusan litigasi sama ada dalaman di firma guaman
  • Pengalaman dalam pentadbiran pejabat dan/atau kesetiausahaan adalah satu kelebihan
  • Lebih bagus jika berpengalaman dalam litigasi Perbankan Islam dan urusan litigasi harta
  • Kemahiran interpersonal yang baik
  • Mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara bertulis dan lisan
  • Mampu bekerja dalam pasukan
  • Memiliki kemahiran interpersonal dan inisiatif yang baik
  • Celik komputer terutamanya dalam Ms Excel/ Power Point/ Pelaporan Jawatan kontrak untuk tempoh 1-2 tahun berpeluang diserap sebagai kakitangan tetap

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk bina kerjaya dengan PUNB dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman pencarian kerja JobStreet di pautan berikut:

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan jawatan ditawarkan dan deskripsi tugas, anda boleh terus ke pautan permohonan di atas dan baca maklumat lebih terperinci sebelum buat permohonan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma