Daftar Mini Karnival Jom Kerja Sempena Hari PERKESO, Lebih 2,500 Peluang Pekerjaan Menanti
Karnival Kerjaya kembali lagi buat anda yang sedang mencari kerja terutama dari golongan graduan, lepasan sekolah dan penganggur. PERKESO dengan kerjasama pelbagai majikan akan menganjurkan Mini Karnival Jom Kerja Sempena Hari PERKESO 2022.
Lebih 2,500 peluang pekerjaan menanti anda di Karnival Kerjaya JaminKerja yang akan berlangsung spada 18 Oktober 2022 di Dewan Kenanga Aras 18, Wisma PERKESO Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menanti anda seperti kaunseling kerjaya, bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Nasional, sesi temuduga dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan kerjaya impian anda. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program dan panduan pendaftaran.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Mini Karnival Jom Kerja Sempena Hari PERKESO
- Tarikh karnival: 18 Oktober 2022
- Masa: 10 pagi hingga 4 petang
- Lokasi: Dewan Kenanga Aras 18, Wisma PERKESO Kuala Lumpur
MAJIKAN TERLIBAT
Semak senarai majikan terlibat di bawah:
AKAN DIKEMASKINI
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Mini Karnival Jom Kerja Sempena Hari PERKESO dan ingin merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan, anda boleh buat pendaftaran sebelum tarikh karnival. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:
Pastikan anda hadir pada tarikh dan masa temuduga yang ditetapkan. Makluman dan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat emel yang anda daftarkan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Mini Karnival Jom Kerja Sempena Hari PERKESO, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- Khadijah: 019 610 9359
- Hidayat: 019 301 5323
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan ditawarkan melalui karnival kerjaya:
AKAN DIKEMASKINI