Senarai Mesin ATM AmBank Yang Boleh Tukar Duit Raya Dengan Mudah
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Sempena sambutan Aidilfitri, AmBank telah menyediakan sebanyak 40 mesin ATM di seluruh Malaysia dengan kemudahan pengeluaran duit raya anda. Kemudahan ini adalah khas untuk pelanggan AmBank sahaja.
Anda boleh dapatkan wang kertas bernilai RM10 yang baru hanya menggunakan mesin ATM AmBank untuk kegunaan duit raya. Mudahnya! Tunggu apa lagi? Kenapa nak bersesak di kaunter bank jika anda boleh terus buat di ATM dengan mudah.
Ikuti perkongsian dia bawah untuk ketahui cara membuat pengeluaran duit raya dari mesin ATM AmBank dan semak senarai 40 ATM terpilih di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini.
Baca juga: Cara Tukar Duit Raya 2022 Di Mesin ATM Maybank
Isi Kandungan
CARA TUKAR DUIT RAYA GUNA MESIN ATM AMBANK
1. Pergi Ke ATM AmBank Terpilih
Anda perlu pergi ke salah satu mesin ATM AmBank terpilih yang disenaraikan di perkongsian bawah untuk buat pengeluaran duit raya.
2. Pilih Withdraw Dan Pilih Amaun
Pilih pengeluaran wang/ withdraw dan pilih amaun yang anda kehendaki. Semua note dalam mesin ATM tersebut adalah RM10 duit raya baru
3. Amaun Maksimum Adalah RM300
Untuk sekali transaksi, amaun yang dibenarkan adalah sehingga RM300 sahaja. Jika anda ingin 60 keping note RM10 yang baru, kena buat dua kali.
SENARAI ATM AMBANK TERPILIH
Berikut adalah senarai ATM AmBank terpilih untuk menikmati kemudahan pertukaran duit raya.
Walaupun raya tahun ini mungkin tidak semeriah raya-raya sebelum ini, apa salahnya jika anda sediakan duit raya untuk sanak saudara dan jiran-jiran yang terdekat.
Bagi yang tidak dapat pulang beraya, ini Senarai 10 Lagu Raya Yang Wajib Anda Layan untuk menambahkan kesayuan.
Semoga bermanfaat!