Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Lebih mudah urusan pengguna Maybank2u selepas ini! Maybank mengumumkan bahawa tiada lagi SMS TAC bakal dihantar ke telefon pengguna untuk sebarang transaksi Maybank2u. Penamatan khidmat SMS TAC untuk transaksi ini diganti dengan kemudahan Secure2u, iaitu kaedah pengesahan yang lebih canggih dan mudah.

Jika sebelum ini transaksi Maybank2u boleh disahkan melalui SMS TAC dan memasukkan nombor TAC, namun pengguna kini hanya perlu mengesahkan transaksi melalui Secure2u di aplikasi sahaja!

Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut berkenaan Secure2u Maybank dan cara buat transaksi tanpa SMS TAC.

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

KELEBIHAN MAYBANK SECURE2U

Antara kelebihan menggunakan Maybank Secure2u adalah:

  • Pengguna boleh buat transaksi melibatkan pembayaran bil melalui Maybank2u di samping untuk transaksi IBG serta transaksi sehingga RM5,000 ke atas ke akaun lain
  • Menyediakan keselamatan perbankan dalam talian yang lebih baik
  • Cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk mengesahkan transaksi
  • Pengesahan transaksi menggunakan Secure Verfiction (Pengesahan Selamat) atau Secure TAC (nombor TAC) enam digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih Maybank2u)

PENGESAHAN TRANSAKSI SECURE2U

  • Secure Verfiction (Pengesahan Selamat) membolehkan pengguna menyetujui atau menolak transaksi dalam talian menggunakan peranti mereka setelah pemberitahuan mengenai transaksi dihantar ke telefon mereka
    Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah
  • Secure TAC membolehkan pengguna meluluskan transaksi dalam talian di laman web Maybank2u dengan memasukkan nombor TAC enam digit dari aplikasi

CARA DAFTAR SECURE2U

Untuk mengaktifkan Secure2u, pengguna perlu ikut langkah berikut:

Muat turun aplikasi Maybank2u di telefon pintar

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Klik SECURE2u pada bahagian menu

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Fahamkan apa itu Secure2u

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Baca tutorial mendaftar dan cara penggunaan Secure2u

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Log masuk ke Maybank2u

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Sahkan nombor telefon anda iaitu nombor telefon yang sama digunakan untuk menerima SMS TAC

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Tunggu SMS OTP dihantar ke telefon anda

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Masukkan nombor OTP yang diterima

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Masukkan nombor kad pengenalan anda

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Klik SUBMIT

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Pendaftaran selesai

Maybank Secure2u: Cara Buat Transaksi Maybank2u Tanpa SMS TAC Dengan Mudah

Rujuk panduan dalam bentuk video di sini:

Mudah kan? Selepas ini anda sudah tidak perlu hantar SMS TAC untuk buat sebarang transaksi kerana urusan lebih mudah dengan Secure2u. Untuk maklumat lanjut berkenaan Secure2u Maybank, anda boleh rujuk di laman Secure2u Maybank.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma