Senarai Mata Pelajaran Ditawarkan & Syarat Kelayakan Bagi Pengambilan Khas Calon Guru

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada MQA.

Pelbagai bidang mata pelajaran ditawarkan bagi pengambilan khas guru yang diumumkan. Anda boleh semak senarai mata pelajaran yang ditawarkan di perkongsian bawah.

SENARAI MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

Opsyen SM, SK & SJKC

Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina )SJKC) di Semenanjung Sarawak dan Sabah adalah:

  1. Bahasa Cina 
    (Semenanjung)
  2. Bahasa Iban
    (Sabah & Sarawak)
  3. Bahasa Inggeris 
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  4. Bahasa Kadazan/ Dusun
    (Sabah & Sarawak)
  5. Bahasa Melayu
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  6. Bahasa Semai
    (Semenanjung)
  7. Bimbingan dan Kaunseling
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  8. DINI
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  9. Grafik Komunikasi Teknikal
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  10. Muzik
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  11. Pendidikan Awal Kanak-kanak
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  12. Pendidikan Islam
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  13. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  14. Pendidikan Khas
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  15. Pendidikan Moral
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  16. Pendidikan Seni/ Seni Visual
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  17. Reka Bentuk Teknologi
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  18. Reka Cipta
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  19. Sejarah
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  20. Tahfiz
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  21. Agroindustri Tanaman
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  22. Agroindustri Ternakan Poultri
    (Semenanjung & Sabah)
  23. Agroindustri Ternaman Ruminan
    (Semenanjunag & Sabah)
  24. Akualtur 
    (Semenanjung & Sabah)
  25. Bakeri dan Pastri
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  26. Bioteknologi
    (Semenanjung)
  27. Florikultur
    (Semenanjung)
  28. Hortikultur 
    (Semenanjung)
  29. Insurans 
    (Semenanjung)
  30. Kosmetologi
    (Semenanjung & Sarawak)
  31. Pemprosesan Hasil Pertanian
    (Semenanjung)
  32. Pengurusan Peruncitan
    (Semenanjung)
  33. Seni Kulinari
    (Semenanjung & Sarawak)
  34. Senibina Landskap
    (Semenanjung)
  35. Teknologi Automotif
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  36. Teknologi Elektrik
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  37. Seni Reka Fesyen
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  38. Teknologi Elektronik
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  39. Teknologi Enjin Marin
    (Semenanjung)
  40. Teknologi Kimpalan (Kimpalan & Fabrikasi Logam)
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  41. Teknologi Mekanisasi Agro
    (Semenanjung)
  42. Teknologi Pembinaan
    ((Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  43. Teknologi Pembuatan Bot
    (Semenanjung)
  44. Teknologi Pemesinan industri
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  45. Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
    (Semenanjung & Sarawak)
  46. Teknologi SIstem Komputer & Rangkaian
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)

Opsyen Bagi SJKC

  1. Bimbingan dan Kaunseling
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  2. Matematik
    (Semenanjung)
  3. Muzik
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  4. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  5. Pendidikan Khas
    (Semenanjung dan Sarawak)
  6. Pendidikan Moral
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  7. Pendidikan Seni/ Seni Visual
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  8. Reka Bentuk Teknologi
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
  9. Sejarah
    (Semenanjung, Sabah & Sarawak)

SEMAK SYARAT KELAYAKAN

Calon yang berminat untuk mohon pengambilan calon guru bagi mana-mana matapelajaran di atas boleh semak syarat kelayakan akademik bagi setiap mata pelajaran di sini:

Sekiranya anda layak, anda boleh mula buat permohonan sekarang dan hantar sebelum 21 Julai 2021.

CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS GURU

Calon yerng berminat boleh mohon melalui siste MySPP di pautan berikut:

Temu duga akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya calon-calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma