Transaction Declined Reject Code 0089: Masalah Instant Transfer Maybank, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Jika anda mengalami masalah Transaction Declined Reject Code 0089 ketika ingin membuat Instrant Transfer melalui perbankan online, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bertenang. Bukan anda sahaja yang mengalami masalah ini kerana sebenarnya ramai yang menghadapi masalah yang sama kadang kala.

Kenapa Transaction Declined Reject Code 0089 berlaku? Bagaimana nak selesaikan masalah ini?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maksud di sebalik Transaction Declined dan cara untuk mengatasinya.

TRANSACTION DECLINED REJECT CODE 0089

Transaction Declined Reject Code 0089: Masalah Instant Transfer Maybank, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Ralat atau error dengan Reject Code 0089 untuk Instant Interbank Fund Transfer berlaku akibat daripada sedikit masalah connection dengan bank penerima. Jangan risau, bukan anda seorang sahaja mengalaminya ramai lagi yang meluahkan ketidakpuashatian ini.

Rejection ini berkemungkinan besar berlaku kerana bank penerima tidak dapat menerima pindahan melalui Instant Transfer Online Banking. Sebaiknya anda buat semakan dengan bank penerima jika masalah ini berlanjutan dan asyik berulang setiap bulan.

Tambahan lagi jika anda kerap berurusan dengan bank penerima yang membabitkan proses Instant Transfer digunakan.

CARA SELESAIKAN MASALAH TRANSACTION DECLINED REJECT CODE 0089

Proses pindahan wang menggunakan Instant Transfer sepatutnya dilakukan dengan segera waktu anda menyelesaikan urusan transaksi.

Namun jika anda masih lagi menerima error seperti di atas, anda boleh cuba cara ini:

Tukar Kepada Pindahan Interbank GIRO

Walau bagaimanapun, pindahan Interbank GIRO bukanlah secara serta merta.

Pada hari tidak bekerja, iaitu Sabtu dan Ahad, sebarang transaksi IBG yang dilakukan pada BILA-BILA masa sahaja (tidak termasuk Instant Transfer), tempoh waktu duit akan diterima adalah seperti berikut:

  • Waktu wang diterima: Pada hari bekerja seterusnya, jam 11.00 pagi
  • Bayaran balik untuk transaksi yang tidak berjaya: Pada hari bekerja seterusnya, jam 5.00 petang

Cuba Clear Cache Web Browser Untuk Selesaikan Transaction Declined Reject Code 0089

Clear Cache Web Browser di PC

Transaction Declined Reject Code 0089: Masalah Instant Transfer Maybank, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Transaction Declined Reject Code 0089: Masalah Instant Transfer Maybank, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Clear Cache Web Browser di Telefon Bimbit

Transaction Declined Reject Code 0089: Masalah Instant Transfer Maybank, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Transaction Declined Reject Code 0089: Masalah Instant Transfer Maybank, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Setelah selesai, cuba anda buat pindahan wang sekali lagi.

Tukar Web Browser

Jika anda menggunakan Google Chrome, cuba anda tukar ke kepada Safari ataupun Firefox atau mana-mana browser.

Jika anda sudah cuba semua cara yang ditunjukkan dan masih lagi mengalami masalah Transaction Declined Reject Code 0089, anda boleh hubungi Maybank Group Customer Care di talian 1-300-88-6688. Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah anda!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma