Masa Paling Sesuai Untuk Daftar Mohon Bantuan Prihatin Nasional. Konfem Boleh Akses bpn.hasil.gov.my

Sudah tiba masa yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, iaitu tarikh semakan dan pendaftaran untuk Bantuan Prihatin National hari ini. Sejak 12 tengah malam semalam, pasti sudah ramai yang menunggu saat-saat untuk menyemak status kelayakan untuk bantuan ini.

Beruntunglah buat pemohon yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pernah ada rekod nama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum ini kerana tidak perlu lagi bersesak untuk membuat permohonan baru hari ini.

Bagi 2 kategori individu bujang dan berkeluarga yang mungkin dah membuat semakan tadi pastinya anda telah berasa lega bukan. Hanya perlu tunggu tarikh pembayaran rasmi sahaja nanti.

Ya, penerima BSH terdahulu dan individu yang mempunyai rekod LHDN hanya perlu buat semakan sahaja. Ada pemohon yang dah menerima email dan SMS lulus dari LHDN hari ini.

ANDA SUDAH BERJAYA AKSES KE bpn.hasil.gov.my?

Ya untuk permohonan anda perlu akses ke bpn.hasil.gov.my sahaja. Bukan laman ini sahaja, malahan laman KWSP juga menerima pelawat yang ingin mohon pengeluaran i-Lestari KWSP hari ini.

Sehingga kini admin sudah cuba untuk memasuki laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bantuan Sara Hidup dan Kementerian Kewangan Malaysia tetapi gagal kerana website terlalu perlahan dan loading yang sangat lama.

Anda kena faham dengan situasi sebegini, mungkin berjuta rakyat Malaysia yang lain pun tengah mencuba untuk mengakses masuk ke laman web tersebut yang menyebabkan website tersebut menjadi lambat dan sukar diakses. Jadi apa yang anda perlu buat adalah sabar.

Bagi yang telah selamat membuat pendaftaran BPN, tahniah kerana anda sudah melepasi perkara yang sukar dilalui oleh orang lain sekarang kerana berjuta rakyat Malaysia masih gagal memasuki laman web.

Bagi yang belum berjaya buat permohonan, ketahui masa yang paling sesuai untuk anda akses ke laman web tersebut.

MASA PALING SESUAI UNTUK AKSES KE LAMAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

1 Pada Jam 2 – 3 Pagi

Masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda cuba akses ke laman web kerana pada jam 2 hingga 3 pagi, kebanyakan orang sudah rehatkan diri dan tidur. Tambahan lagi bagi yang berkeluarga pasti tidur lebih awal. Jadi anda ambil peluang pada masa ini untuk membuka laman web.

Pada waktu awal, anda tidur dan rehat dahulu, kemudian bangun pada masa ini untuk cuba akses ke laman web. Bukan itu sahaja, ambil juga peluang ini untuk anda membuat Solat  Sunat Tahajjud.

2 Lepas Solat Subuh

Selain itu, cuba juga untuk buka laman web sebelum atau selepas solat subuh. Cuba bangun awal sedikit sebelum solat subuh sekitar jam 5 pagi dan akses ke website. Setelah itu, buatlah persiapan untuk menunaikan solat subuh.

Setelah selesai solat, cuba lagi akses ke website tersebut kerana pada masa ini masih ramai yang tidur dan merupakan masa yang jarang untuk orang lain membuka telefon.

3 Selepas 3 hingga 5 Hari Permohonan DiBuka

Jika anda seorang yang boleh bersabar, anda boleh buka website tersebut selepas 3 hingga 5 hari permohonan di buka. Bagi ruang untuk orang lain dulu untuk memohon awal-awal pembukaan ini.  Jika anda buka pada waktu ini, pasti sudah ramai yang berjaya membuat permohonan jadi ini pula masa anda.

Jangan gopoh, kerana permohonan ini dibuka sehingga akhir bulan ini iaitu 30 April 2020. Jadi bersabar dan bertengang. Biarkan dulu orang lain membuat permohonan, jangan turut sama menambah kesesakan trafik di wesite tersebut. Kita boleh daftar BPN bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Buat penerima bantuan BSH sebelum ini, anda tidak perlu masuk lagi ke website tersebut kerana anda AUTOMATIK sudah dapat BPN. Tidak perlu tambahkan lagi sesak trafik website juga, biarkan yang lain memohon dan membuat pendaftaran BPN.

PERMOHONAN BARU BPN

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baru boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi Portal Rasmi berikut:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma