Portal BPN Sesak? Ini Masa Paling Sesuai Untuk Anda Mohon BPN 2.0. Konfem Boleh Akses

Sudah tiba masa yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, iaitu tarikh semakan dan pendaftaran permohonan baru untuk Bantuan Prihatin National 2.0 hari ini. Sejak 12 tengah malam semalam, pasti sudah ramai yang menunggu saat-saat untuk membuat permohonan baru.

Beruntunglah buat pemohon yang pernah menerima BPN yang sebelum ini kerana tidak perlu lagi bersesak untuk membuat permohonan baru hari ini.

Bagi individu bujang dan berkeluarga yang mungkin dah membuat semakan tadi pastinya anda telah berasa lega bukan. Hanya perlu tunggu tarikh pembayaran rasmi sahaja nanti. Ya, penerima BPN terdahulu hanya perlu buat semakan sahaja.

ANDA SUDAH BERJAYA AKSES KE bpn.hasil.gov.my?

Sehingga kini admin sudah cuba untuk memasuki portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional tetapi gagal kerana website terlalu perlahan dan loading yang sangat lama.

Anda kena faham dengan situasi sebegini, mungkin berjuta rakyat Malaysia yang lain pun tengah mencuba untuk mengakses masuk ke laman web tersebut yang menyebabkan website tersebut menjadi lambat dan sukar diakses. Jadi apa yang anda perlu buat adalah sabar.

Bagi yang telah selamat membuat pendaftaran BPN, tahniah kerana anda sudah melepasi perkara yang sukar dilalui oleh orang lain sekarang kerana berjuta rakyat Malaysia masih gagal memasuki laman web.

Bagi yang belum berjaya buat permohonan baru, ketahui masa yang paling sesuai untuk anda akses ke laman web tersebut.

MASA PALING SESUAI UNTUK AKSES KE LAMAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0

1 Pada Jam 2 – 3 Pagi

Masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda cuba akses ke laman web kerana pada jam 2 hingga 3 pagi, kebanyakan orang sudah rehatkan diri dan tidur. Tambahan lagi bagi yang berkeluarga pasti tidur lebih awal. Jadi anda ambil peluang pada masa ini untuk membuka laman web.

Pada waktu awal, anda tidur dan rehat dahulu, kemudian bangun pada masa ini untuk cuba akses ke laman web. Bukan itu sahaja, ambil juga peluang ini untuk anda membuat Solat Sunat Tahajjud.

2 Lepas Solat Subuh

Selain itu, cuba juga untuk buka laman web sebelum atau selepas solat subuh. Cuba bangun awal sedikit sebelum solat subuh sekitar jam 5 pagi dan akses ke website. Setelah itu, buatlah persiapan untuk menunaikan solat subuh.

Setelah selesai solat, cuba lagi akses ke website tersebut kerana pada masa ini masih ramai yang tidur dan merupakan masa yang jarang untuk orang lain membuka telefon.

3 Selepas 3 hingga 5 Hari Permohonan Dibuka

Jika anda seorang yang boleh bersabar, anda boleh buka website tersebut selepas 3 hingga 5 hari permohonan di buka. Bagi ruang untuk orang lain dulu untuk memohon awal-awal pembukaan ini.  Jika anda buka pada waktu ini, pasti sudah ramai yang berjaya membuat permohonan jadi ini pula masa anda.

Jangan gopoh, kerana permohonan ini dibuka sehingga 15 November 2020. Jadi bersabar dan bertenang. Biarkan dulu orang lain membuat permohonan, jangan turut sama menambah kesesakan trafik di website tersebut. Anda ada masa sebulan untuk daftar.

Buat penerima bantuan BPN sebelum ini, anda tidak perlu masuk lagi ke website tersebut kerana anda AUTOMATIK sudah dapat BPN 2.0. Tidak perlu tambahkan lagi sesak trafik website juga, biarkan yang lain memohon dan membuat pendaftaran BPN.

PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baru boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 menerusi Portal Rasmi berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma