ManpowerGroup Tawarkan Program Pengambilan Graduan Bekerja. Ini Cara Mohon
Anda graduan yang masih menganggur dan mencari peluang pekerjaan? ManpowerGroup Malaysia kini sedang mencari graduan di Malaysia yang masih belum mempunyai pekerjaan setelah lebih 6 bulan bergraduasi! Peluang ini dibuka khas untuk graduan yang tiada pengalaman kerja.
Jangan lepaskan peluang ini, tawaran Graduate Employment Programme ini terbuka untuk semua graduan dalam pelbagai bidang pengajian. Pelbagai manfaat daripada program ditawarkan kepada graduan yang berjaya mendapat penempatan kerja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan program pengambilan kerja buat graduan.
Isi Kandungan
MANFAAT PROGRAM
Antara manfaat mengikuti program ini adalah:
- Percuma 1 bulan latihan interaktif
- Percuma latihan soft skills dan skill praktikal
- Percuma Career Profiling Assessment dengan Result Report
- Percuma English Assessment (CEF)
- Percuma Latihan Online dengan pensijilan
- Percuma kaunseling kerjaya
- Elaun program disediakan
- Jaminan pekerjaan
BIDANG KERJAYA
Graduan yang berjaya menamatkan program akan mendapat penempatan kerja dalam bidang:
- Electrical
- Electronic
- Mechanical
- Mechatronic Engineering
- Manufacturing
- Logistic
- Talent Acquisition
- E-Commerce
- Customer Services
- Sales
- IT Industry
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Graduan di Malaysia lulusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian berikut:
– Engineering in Electrical
– Electronic
– Mechanical
– Mechatronic
– Sales
– Marketing
– IT
– Corporate Communication
– Human Resource
– Talent Acquisition - Berminat dengan bidang perkhidmatan pelanggan/ penjualan dan bersedia menggunakan kemahiran baru
- Graduan baru tanpa pengalaman adalah digalakkan untuk mohon
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan ingin mendapat penempatan kerja, anda boleh buat permohonan sekarang dengan menghantar RESUME TERKINI dan CV ke alamat berikut:
- Email: khai0309098@gmail.com / nurfadzli.ahmad@manpower.com.my
- Tel: 019 656 8069 / 011 2330 9958