Program MY5: Senarai Manfaat & Bantuan Golongan B40 Wilayah Persekutuan

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mulakan program MY5 sekitar pertengahan tahun lepas dengan kapasiti yang kecil. Kementerian Wilayah persekutuan telah memaklumkan akan memperkasakan Program MY5 bagi membasmi kemiskinan bandar sekali gus menambah baik jaringan keselamatan sosial dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Program MY5 yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2021 adalah meliputi pelbagai aspek dalam membantu pelbagai golongan yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui manfaat buat warga Wilayah Persekutuan melalui program MY5.

MANFAAT PROGRAM MY5

Berikut adalah antara program utama di bawah MY5:

1. MYJob@Wilayah

MYJob@Wilayah bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam enam bidang pekerjaan termasuk perkhidmatan, pembinaan, penyelenggaraan, pembersihan, pembuatan dan pembungkusan.

Program MY5- Senarai Manfaat Pekerjaan & Bantuan Golongan B401

2. MYSchoolBus@Wilayah

MYSchoolBus@Wilayah yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid.

Program MY5- Senarai Manfaat Pekerjaan & Bantuan Golongan B401

3. MYgrocer@Wilayah

Kementerian juga menyasarkan untuk memperluas program MYGrocer@Wilayah yang menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.

Program MY5- Senarai Manfaat Pekerjaan & Bantuan Golongan B401

4. MYFood@Wilayah

Kementerian mengharapkan lebih banyak sambutan dan kerjasama strategik pihak swasta untuk menjayakan MYFood@Wilayah dalam memastikan bantuan makanan percuma boleh dinikmati lebih ramai golongan memerlukan.

Program MY5- Senarai Manfaat Pekerjaan & Bantuan Golongan B401

5. MYMedic@Wilayah

MYMedic@Wilayah yang menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan juga akan dikembangkan  ke lebih banyak kawasan.

Program MY5- Senarai Manfaat Pekerjaan & Bantuan Golongan B401

6. MYBeras@Wilayah

Sumbangan beras menerusi program MYBeras@Wilayah  akan dilaksanakan mulai 1 Feb sehingga Jun tahun ini bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat COVID-19.

Untuk permulaan sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma