Insiatif MyMudah Bantu Peniaga Terjejas Covid-19. Ini Manfaat MyMudah Yang Ramai Tak Tahu

Impak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita sangatlah besar terutamanya kepada industri-industri dan peniaga yang terpaksa berhenti beroperasi seketika. Banyak peniaga dan syarikat telah mengalami penurunan hasil malah ada juga yang terpaksa gulung tidak dan mengurangkan pekerja sekaligus menjejaskan ekonomi semua lapisan masyarakat.

Memahami masalah peniaga dan syarikat yang terjejas, kerajaan menerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) melancarkan MalaysiaMudah (#MyMudah) bagi mengurangkan beban peniaga yang mengalami masalah.

Apa itu MyMudah dan bagaimana ia berfungsi? Ikuti perkongsian di bawah untuk penjelasan lanjut mengenai MyMudah.

APA ITU MYMUDAH?

Bagi yang belum tahu, MyMudah telah dilancarkan pada 20 Julai 2020 yang lalu. Program ini dilancarkan dengan matlamat untuk membantu mengurangkan beban syarikat dan perniagaan yang terpaksa berdepan dengan pelbagai peraturan dan kerenah birokrasi sewaktu pandemik.

Bagaimana MyMudah Berfungsi?

Apabila menggunakan platform MyMudah, anda sebagai pemilik perniagaan dapat:

  1. Berhubung secara ‘direct’ dengan kerajaan melalui MPC
  2. Dapat menyuarakan masalah yang mengekang perniagaan daripada terus beroperasi atau tidak dapat berkembang.
  3. MPC secara produktif bertindak sebagai ‘telinga’ yang akan mendengar masalah yang membebankan pemilik perniagaan dan bersama memulakan perbincangan awal.
  4. Seterusnya, MPC akan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada pihak pengawal selia peraturan berkaitan, yang akan meneliti seterusnya melaksanakan cadangan tersebut bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh peniaga.

CONTOH PENGGUNAAN MYMUDAH

Situasi 1

Untuk lebih jelas, kami berikan contoh pengusaha ladang ayam, Datuk Jeffrey Ng yang telah menggunakan platform #MyMudah bagi menyuarakan tentang tempoh pembaharuan lesen ladang yang sebelum ini ia adalah terhad kepada 1 tahun yang merupakan kekangan kepada beliau dalam usaha untuk mengembangkan perniagaannya.

Insiatif #MyMudah Bantu Peniaga Terjejas Covid-19. Ini Manfaat MyMudah Yang Ramai Tak Tahu

Beliau yang mengakui keberkesanan #MyMudah berkata, beliau dapat berkongsi masalah tempoh lesen perniagaannya secara terus kepada kerajaan dan tidak perlu berdepan kerenah birokrasi dan peraturan tidak perlu.

Insiatif #MyMudah Bantu Peniaga Terjejas Covid-19. Ini Manfaat MyMudah Yang Ramai Tak Tahu

Menurut beliau,

#MyMudah ini membantu kita menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan ternakan ayam dan juga mencari jalan terbaik tetapi bukan nak menukar undang-undang tetapi mencari satu undang-undang yang sesuai untuk penternakan atau perladangan,’’ 

 ”#MyMudah ini dia dengar apa isu kita dan cari orang yang profesional untuk bantu kita”

Situasi 2

Macam yang semua tahu, sektor pelancongan paling terkesan sewaktu pandemik Covid-19 di mana boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Keadaan ini telah menyebabkan perniagaan seperti ejen pelancongan pemilik hotel dan sebagainya mengalami kerugian yang besar tanpa sebarang keuntungan. Mereka berdepan fasa sukar untuk mengekalkan perniagaan, malah ada yang sudah gulung tikar.

Menerusi #MyMudah yang dilaksanakan oleh MPC, ianya akan mengurangkan beban peraturan yang dihadapi oleh golongan peniaga atau pun golongan usahawan di dalam industri ini sekaligus meningkatkan produktiviti mereka terutamanya selepas industri pelancongan kembali beroperasi sewaktu pandemik.

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis juga mengakui bahawa platform #MyMudah sangat efektif bagi mereka yang terlibat dalam industri ini terutamanya ketika berdepan dengan pendemik Covid-19.

Insiatif #MyMudah Bantu Peniaga Terjejas Covid-19. Ini Manfaat MyMudah Yang Ramai Tak Tahu

Menurut beliau,

”Banyak isu dan peraturan yang perlu dilakukan untuk kita ‘renew’ lesen ejen pelancongan, jadi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah melihat kepada aspek itu bagaimana mereka boleh membantu dengan mengurangkan semua ‘demand’ atau ‘requirement’ yang perlu dihantar ke audit akuan dan beberapa lagi.

”Ini sebenarnya adalah satu niat yang baik untuk memberi peluang kepada industri pelancongan untuk bertahan.

‘Kami di industri pelancongan dapat lihat efektifnya platform #MyMudah ini yang telah dikendalikan oleh pihak MPC dan hasilnya amat positif di mana kita lihat bahawa kementerian sebenarnya memberi satu ruang yang fleksibel,”

BANTU MUDAHKAN URUSAN PENIAGA DENGAN PEMANSUHAN PERATURAN TIDAK WAJAR

Secara jelasnya, menerusi #MyMudah, pemansuhan dan pengecualian peraturan tidak wajar ialah solusi atau penyelesaian bagi prosedur yang membebankan perniagaan. Ini menjadi satu platform pemacu ke arah peningkatan produktiviti pemilik perniagaan atau usahawan.

Secara mudahnya, kerajaan bertindak membantu peniaga yang mengalami kesan yang besar ketika pandemik Covid-19 ini dengan memudahkan urusan perniagaan mereka.

CARA GUNAKAN MYMUDAH

Pemilik perniagaan yang ingin menggunakan MyMudah untuk mengemukakan beban peraturan dan birokrasi yang dihadapi boleh menggunakan MyMudah melalui pautan berikut:

Insiatif #MyMudah Bantu Peniaga Terjejas Covid-19. Ini Manfaat MyMudah Yang Ramai Tak Tahu

Masalah atau beban yang dikemukakan itu akan dianalisis oleh MPC yang akan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada pihak pengawal selia untuk pelaksanaan. Kemajuan pelaksanaan inisiatif #MyMudah dilaporkan kepada EAC secara berkala.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma