Mohon I-Sinar: “Semakan Identiti Tidak Berjaya”. Ini Maksud & Tindakan Yang Anda Perlu Lakukan

Permohonan i-Sinar bagi kategori 1 telah dibuka beberapa hari lepas. Jika anda sudah berjaya hantar permohonan, sila sabar menunggu tarikh semakan status permohonan i-Sinar untuk tahu keputusan permohonan lulus atau tidak.

Bagi yang belum hantar permohonan, jangan risau kerana permohonan i-Sinar adalah dibuka selama 6 bulan iaitu sehingga Jun 2021!

Nak buat permohonan, tetapi notis “SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA” dipaparkan? Ketahui maksud SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA dan tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya dapat notis seperti ini.

PROSES PERMOHONAN i-SINAR

Proses permohonan i-Sinar ini sebenarnya mudah sahaja dengan ikut panduan lengkap permohonan i-Sinar yang disediakan. Sebelum memulakan permohonan, Ahli diminta untuk masukkan nombor IC dan nombor telefon yang didaftarkan dengan KWSP di ruangan yang disediakan.

Mohon I-Sinar: "Semakan Identiti Tidak Berjaya". Ini Maksud & Tindakan Yang Anda Perlu Lakukan

Bagi Ahli yang masukkan nombor MyKad dan nombor telefon berdaftar dengan betul, anda akan berjaya masuk dan mulakan step permohonan. Namun ada juga Ahli yang tidak berjaya masuk dan akan mendapat notis SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA seperti ini:

Mohon I-Sinar: "Semakan Identiti Tidak Berjaya". Ini Maksud & Tindakan Yang Anda Perlu Lakukan

Apa maksud Semakan Identiti Anda Tidak Berjaya dan apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya terima notis ini?

MAKSUD SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA i-SINAR

Maksud Semakan Identiti Anda Tidak Berjaya adalah bermaksud nombor telefon atau nombor MyKad yang anda masukkan tidak dapat dikenalpasti oleh sistem KWSP. Ramai juga yang mengeluh kerana masalah ini berlaku.

Antara punca berlakunya Semakan Identiti Anda Tidak Berjaya adalah:

  • Nombor telefon yang diisi dalam borang i-Sinar kemungkinan belum dikemaskini di pejabat KWSP atau di mana-mana kiosk KWSP

TINDAKAN JIKA SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA

Jadi, apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya mendapat notis Semakan Identiti Anda Tidak berjaya? Tindakan yang disarankan untuk anda adalah KEMASKINI NOMBOR TELEFON melalui salah satu cara berikut:

Jangan terlalu terburu-buru untuk buat permohonan sehingga melakukan kesilapan kerana permohonan dibuka selama 6 bulan. Ambil masa jika boleh tunggu kerana ketika ini masih ramai yang serbu KWSP.

Jika melakukan kesilapan ketika permohonan, anda TIDAK DIBENARKAN membuat sebarang pindaan atau pembatalan permohonan. Baca selanjutnya DI SINI.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi talian i-Sinar di 03 – 8911 4848 yang beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma