Maksud Gaji Kasar, Gaji Bersih & Gaji Pokok Yang Anda Perlu Tahu
Hari kemasukan gaji iaitu setiap hujung bulan pastinya menjadi saat-saat yang paling bahagia dan dinanti-nantikan oleh setiap orang yang bekerja. Tidak kira gaji anda dibayar ke dalam akaun bank atau dibayar secara tunai oleh majikan.
Selalunya sektor kerajaan akan terima gaji pada hujung bulan manakala pekerja swasta pula akan terima pada pertengahan bulan. Tidak penting bila pun gaji dibayar, pendapatan yang diperoleh iaitu gaji membawa maksud ganjaran yang dibayar atas sumbangan fizikal dan mental terhadap sesebuah organisasi.
Jadi daripada gaji yang anda terima, apa pula dimaksudkan dengan gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok? Jika nak tahu, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
MAKSUD GAJI KASAR, GAJI BERSIH & GAJI POKOK
Gaji Kasar
Gaji kasar bermaksud gaji yang anda terima secara keseluruhan dalam 1 bulan sebelum dilakukan apa apa pemotongan pun. Anda dapat gaji pokok, dapat gaji dari kerja lebih masa (OT), dapat elaun makan jika ada, dapat elaun kerajinan jika ada, dapat elaun shift kerja malam/siang jika ada, dapat elaun toll jika melalui highway jika ada, dapat elaun minyak petrol jika ada dan sebagainya. Jika semua ini dicampurkan, maka itulah dia gaji kasar anda dalam sebulan.
Gaji Kasar = Gaji Pokok (gaji asas) + Elaun bulanan (seperti Elaun sara hidup, elaun perjalanan, elaun keraian dan sebagainya)
Gaji Bersih
Gaji bersih adalah gaji yang sama seperti gaji kasar tetapi selepas potongan dibuat. Biasanya majikan akan membuat potongan dari pihak anda mengikut panduan undang undang pekerja seperti:
- potongan simpanan kwsp biasanya dalam 11%,
- potongan socso untuk bantuan kewangan jika tercedera ketika dalam masa bekerja,
- potongan cukai pendapatan jika sudah layak dikenakan cukai dan juga potongan EIS iaitu bantuan kewangan selama 6 bulan jika anda terpaksa diberhentikan kerja secara paksa kerana faktor kewangan syarikat.
Selepas potongan dibuat, maka gaji baki yang tinggal itulah dia gaji bersih anda. Mudah cerita, gaji bulanan yang masuk ke akaun bank anda setiap bulan itulah dia gaji bersih anda.
Gaji Bersih = Gaji Pokok + Elaun – Potongan (KWSP, SOCSO, Cukai pendapatan dan sebagainya)
Gaji Pokok
Gaji pokok adalah gaji asas anda tanpa apa apa elaun atau dicampurkan dengan gaji lebih masa (OT). Biasanya kalau anda hendak kerja, maka pihak majikan akan memberitahu anda berapakah gaji yang mereka tawarkan secara asas, itulah dia gaji pokok. Misalnya, kalau anda kerja sebagai operator, maka mereka gaji asas anda adalah RM1,000. Jika anda kerja sebagai juruteknik, mereka beri anda gaji asas RM1500. Gaji pokok adalah gaji asas yang belum dicampurkan dengan apa apa elaun atau gaji kerja lebih masa
Berikut adalah contoh penyata gaji yang telah dipaparkan Gaji Kasar, Gaji bersih dan Gaji Pokok yang lengkap untuk rujukan anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat panduan anda yang masih keliru perbezaan gaji pokok, gaji kasar dan gaji bersih.