Apa Maksud Calon Simpanan Lantikan, Berapa Tempoh Untuk Dapat Lantikan Tetap? Baca Di Sini
Jika anda perasan setiap iklan jawatan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), pasti akan dinyatakan juga jumlah kekosongan untuk “SIMPANAN” dan jumlah “KEKOSONGAN”. Contohnya seperti berikut:
Apa yang dimaksudkan dengan simpanan? Ramai yang tahu apa yang dimaksudkan dengan calon simpanan dan macam mana pula calon simpanan ini akan diserap menjadi calon lantikan tetap.
Ikuti perkongsian di bawah untuk tahu maksud sebenar lantikan simpanan dan tempoh penyerapan ke lantikan tetap.
Isi Kandungan
MAKSUD SIMPANAN LANTIKAN
Untuk calon lantikan simpanan, proses untuk mendapatkannya sama sahaja seperti lantikan tetap. Namun apa yang menentukan calon akan mendapat calon lantikan tetap atau simpanan adalah selepas proses temuduga.
Calon Simpanan ini adalah calon yang telah menghadiri temuduga di SPA dan telah mendapat keputusan ” DITERIMA SEBAGAI CALON LANTIKAN”. Ini bermakna, calon ini tidak gagal temuduga, tetapi masih juga belum berjaya untuk kerja.
Calon simpanan ini umpana telah melangkah sebelah kaki untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.
TEMPOH SIMPANAN LANTIKAN
Biasanya calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak.
Jika dipanggil melaporkan diri dalam tempoh tersebut, mereka telah berjaya menjawat jawatan di sektor awam dengan status tetap atau kontrak SPA. Yang kontrak SPA ini biasanya akan ditawarkan kepada status tetap dalam masa setahun perkhidmatan.
TEMPOH KE LANTIKAN TETAP
Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat.
Namun, ada juga yang tidak dapat diserap ke lantikan tetap. Pemilihan lantikan ini adalah berdasarkan tapisan yang dibuat oleh pihak SPA dan berdasarkan rezeki masing-masing.
Bagi calon simpanan ini, sementara menunggu keputusan samada diserap atau tidak, mereka digalakkan untuk mencari peluang kerja yang lain. Jangan meletakkan harapan 100% untuk diterima masuk ke sektor awam.
Sekiranya anda berjaya mendapat keputusan sebagai calon simpanan, jangan kecewa. Itu adalah satu kejayaan buat anda. Jika ada rezeki, anda akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. Anda juga boleh simpan keputusan calon simpanan itu untuk dibawa ke temuduga sektor awam di lain masa.
Baca juga: Mengapa Anda Berminat Dengan Kerja Kerajaan?”. Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini