Tema Sambutan Hari Guru 2022 Serta Maksud Disebalik Tema Tersebut

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah di pilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan khas kepada guru atau cikgu yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.

Walau peredaran zaman dan kemajuan teknologi semakin hari semakin berkembang, ianya tidak pernah mengubah tugas dan jasa seorang pendidik yang bergelar guru yang gigih menyampaikan ilmu kepada seluruh pelajar.

Tugas guru pada masa kini yang semakin mencabar memerlukan kreativiti dan inovasi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013~2025.

Guru selain dari bertugas mengajar subjek berkaitan juga dianggap sebagai rakan dan teman untuk berbincang dan meluahkan perasaan. Khususnya berkaitan perkembangan diri pelajar.

Jadi sewajarnya setiap Guru dihargai dan dikenang kerana banyak jasa mereka dalam mendidik dan mengajar anak bangsa.

TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2022 ~ GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

Hari Guru yang disambut setiap tahun merupakan pengiktirafan tertinggi kepada jasa guru dan pengajar. 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan Hari Guru dengan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan untuk Guru.

Untuk tahun 2022, sambutan Hari Guru adalah bertemakan:

  • Tema Hari Guru 2022: Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA 

MAKSUD TEMA HARI GURU TAHUN 2022

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni.

  • Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat,
  • huruf “E” pula bermaksud etika dan empati,
  • huruf “J” bermaksud jati diri,
  • huruf “A” bermaksud adab sopan,
  • huruf “H” bermaksud harmoni,
  • huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil,
  • huruf “E bermaksud eksplorasi,
  • huruf “R” bermaksud rasional dan
  • huruf “A bermaksud artikulasi

Semoga info berkenaan Tema Hari Guru 2022 ini dapat membantu kita dalam membuat persediaan sambutan hari ini nanti.

 

Pilihan Editor


Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma