Cara Dapatkan Semula Lesen Memandu Hilang & Kadar Bayaran Dikenakan
Setiap orang tidak akan terkecuali dalam melakukan kecuaian kerana kita semua manusia biasa. Pasti ada yang pernah kehilangan dokumen penting seperti Kad Pengenalan, Kad Bank, Sijil Lahir dan Lesen Memandu kan? Biasanya jika kita kehilangan dokumen penting seperti itu akan dikenakan caj denda jika kita ingin dapatkan semua.
Bagi yang kehilangan kad pengenalan, anda boleh dapatkan semula kad pengenalan anda secara online sahaja dengan mudah.
Baca: Cara Dapatkan Semula Kad Pengenalan Hilang & Rosak Serta Kadar Bayaran Dikenakan
Bagaimana pula jika kehilangan lesen memandu? Penting tau lesen memandu ini untuk memandu! Tiada lesen ketika memandu boleh menyebabkan anda dikenakan saman. Nak tahu cara dapatkan lesen memandu yang hilang, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
KADAR BAYARAN YANG DIKENAKAN
Kadar bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan semula lesen memandu yang hilang adalah seperti berikut:
- Caj denda kehilangan: RM20
- Caj renew lesen baru: RM30
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dikemukakan bersama kadar bayaran untuk membuat permohonan lesen memandu baharu:
- Borang permohonan penggantian lesen (JPJ L1) di JPJ
- Kad pengenalan
- Wang denda + renew lesen baru
- Salinan lesen memandu (jika ada)
CARA DAPATKAN LESEN MEMANDU HILANG
Seperti yang kita tahu, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) adalah agensi yang bertanggungjawab menguruskan pelesenan kenderaan dan pemandu. Jadi kita perlu berurusan dengan JPJ untuk mendapatkan semua lesen memandu yang hilang.
Berikut adalah panduan mendapatkan semula lesen memandu hilang:
- Pergi ke cawangan JPJ berdekatan bersama semua dokumen di atas dan wang untuk bayaran
- Isi borang JPJ L1 (borang permohonan lesen memandu) yang boleh didapatkan di kaunter JPJ
- Tunggu giliran anda dipanggil, berikan borang JPJ L1 ke pegawai JPJ bertugas
- Siapkan duit RM20 bagi dapatkan lesen memandu baru. Jika perlu sila renew lesen memandu anda untuk menambah tempoh tahun lesen
- Sila duduk dan tunggu lesen memandu anda selesai di cetak