Panduan Lengkap Mohon Lesen Berniaga Sementera KL Prihatin. Muat Turun Borang Di Sini
Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan akan memastikan inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang bermula Ahad di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilaksanakan dalam keadaan terkawal di bawah pemantauan pihak berkuasa tempatan masing-masing.
Pelaksanaan Skim Bebas Berniaga ini adalah bagi memberi ruang kepada golongan terjejas menambah pendapatan akibat terkesan dengan PKPB atau Covid-19.
Ikuti perkongsian di bawah untuk syarat-syarat menjalani perniagaan bebas dan cara memohon lesen.
Isi Kandungan
AKTIVITI YANG DIBENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN
Dibenarkan
- Makanan dan minuman
– Aktiviti menggoreng dalam skala kecil adalah dibenarkan dengan syarat hanya penggunaan 1 tungku dapur sahaja - Barangan kering
– Seperti pakaian, kasut dan sebagainya - Buah buahan
- Barangan mentah / basah
Tidak Dibenarkan
- Barangan kawalan seperti tembakai, bahan letupan, vape, alkohol dan lain-lain yang menyalahi undang-undang
- Perkhidmatan dan sewaan seperti kiddy ride, urutan, judi, gunting rambut, basikal dan sebagainya
LOKASI TAPAK YANG DIBENARKAN
Tapak permohonan aktviti tertakluk kepada kelulusan DBKL. Tapak dalam kawasan persendirian/bangunan/ kompleks kerajaan perlu mendapat kebenaran pemilik atau pihak pengurusan.
Peralatan dan saiz tapak dibenarkan:
- Meja lipat & dialas
- Saiz kanopi/ tapak 8 x 8
WAKTU PERNIAGAAN
- Pagi: 7 pagi ~ 11 pagi
- Tengah hari: 11 pagi ~ 3 petang
- Petang: 3 petang ~ 7 petang
- Malam: 7 petang ~ 10 malam
SYARAT-SYARAT LESEN
Berikut adalah syarat-syarat permohonan lesen sementara:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas
- Terhad kepada satu orang/satu lokasi sahaja
- Jualan secara take away sahaja
- Pelesen perlu mengambil suntikan tifoid (bagi aktiviti perniaagaan makanan dan minuman sahaja
- Pembinaan struktur semi kekal tidak dibenarkan
- Tidak dibenarkan meletakkan kerusi/meja untuk pelanggan
- Menyediakan tong sampah yang bertutup dan memastikan kebersihan dijaga
- Mengosongkan tapak perniagaan selepas watu perniagaan
- Mematuhi SOP yang digariskan oleh MKN, KKM dan UUK Pelesenan Penjaja WPKL 2016
CARA MOHON LESE BERNIAGA SEMENTARA
Permohonan bagi mendapatkan lesen berniaga sementara adalah dibuka mulai 15 November 2020 hingga 31 Mac 2021. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau muat turun borang yang disediakan. Klik pautan berikut:
Pemohon diminta untuk sertakan dokumen sokongan berikut bersama borang permohonan:
- Salinan kad pengenalan
- Pelak lokasi
- 1 gambar lokasi
- Surat kebenaran pemilik tanah/ bangunan/ kompleks (jika berkaitan)
Bagi permohonan secara manual, hantar borang yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan kepada lokasi berikut:
- Lokasi Awam/ Persendirian: Hantar ke pejabat cawangan DBKL mengikut parlimen
- Lokasi di PPR dan PA yang Diselia oleh DBKL: Hantar ke pejabat zon perumahan yang berdekatan
Bagi permohonan yang diluluskan, pemohon boleh cetak lesen sendiri atau ambil di Kaunter Pejabat Cawangan / Pejabat Zon Perumahan.