Peluang Latihan & Pekerjaan Projek ECRL (PLKI-ECRL). Tawaran Gaji Sehingga RM2,500

ECRL mempelawa orang ramai untuk memohon Program Latihan Kemahiran Industri East Coast Rail Link (PLKI-ECRL) dan menjalani program latihan kemahiran dalam industri pembinaan rel. Peserta akan ditaja sepenuhnya sepanjang program berlangsung.

Elaun dan faedah lain juga akan diberikan sepanjang latihan. Pelatih yang berjaya menyelesaikan program ini akan ditawarkan peluang pekerjaan dan menjadi sebahagian daripada pembinaan projek mega East Coast Rail Link sepanjang 665KM ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.

LATIHAN DAN JAWATAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah antara latihan dan jawatan yang ditawarkan:

  • Pekerja Mahir Kimpalan Besi/ Skilled Welder
  • Pekerja Mahir Bengkel Besi (Skilled Barbender)
  • Mekanik Mesin Jentera Berat/ Heavy Machinery Mechanic
  • Juru Ukur Tanah (Land Surveyor)
  • Pemandu Lori dan Jentera Berat/ Construction Equipment Operator and Construction Vehicle Driver)
  • Pekerja Am Binaan/ General Worker

FAEDAH YANG DISEDIAKAN

Peserta akan menerima faedah berikut sepanjang program:

  • Perubatan
  • Insurans
  • KWSP & Socso
  • Elaun Makan
  • Elaun lebih masa & lain-lain
  • Tawaran gaji bermula dari RM1,200 – RM2,500

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat permohonan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang berkenaan
  • Sihat tubuh badan
  • Tarikh tutup permohonan: 10 Mei 2021

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan secara online di pautan berikut:

Resume lengkap beserta IC, gambar passport dan sijil-sijil berkaitan hendaklah dimuat naik semasa mengisi borang permohonan secara online. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses temuduga seterusnya.

Tarikh kemasukan adalah tertakluk kepada keadaan semasa pandemik Covid-19 / PKP. Untuk pertanyaan lanjut, sila email ke alamat recruitment@cccecrl.com dengan masukkan “Pertanyaan PLKI” dalam ruangan Subjek emel.

Peluang Latihan & Pekerjaan Projek ECRL (PLKI-ECRL). Tawaran Gaji Sehingga RM2,500

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma