Tawaran Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan Sesi Mac 2023 Dibuka Buat Lepasan SPM
Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian. PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development Act@NASDA).
Lulusan SPM dan setaraf dengannya yang berminat untuk ceburi bidang pertanian dan mengikuti program latihan yang ditawarkan adalah dipelawa untuk mohon. Pelbagai kemudahan akan disediakan kepada peserta termasuk elaun bulanan sehingga RM300.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan PLPK dan cara membuat penyertaan.
Isi Kandungan
SESI PENGAMBILAN
Permohonan pengambilan pelatih dibuka sepanjang masa setiap tahun bagi pengambilan:
- Januari
- Mac
- Julai
TERAS PEMBANGUNAN PLPK
Berikut adalah teras pembangunan PLPK:
- Dibangunkan bersama pihak industri.
- Mengaplikasikan amalan pertanian baik dan teknologi terkini.
- Mengambil kira permintaan semasa pasaran tenaga kerja.
OBJEKTIF PLKPK
Objektif Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan dilaksanakan adalah untuk:
- Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
- Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
- Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
SYARAT PERMOHONAN
Semak syarat kelayakan berikut untuk membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau setaraf
- Berumur 18-25 tahun
- Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan
INSENTIF DITERIMA
Insentif yang akan diterima pelatih adalah:
- Yuran pengajian percuma *
- Elaun RM200 – RM300 sebulan
- Penginapan disediakan
- Makan dan minum disediakan
FAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Persijilan yang akan diterima setelah tamat latihan adalah:
- Diiktiraf oleh industri-industri di Malaysia
- Menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
- Berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
PELAKSANAAN PROGAM
Pelaksanaan program adalah seperti berikut:
- Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau Nasional Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.
- Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
PERSIJILAN
Tahap persijilan yang akan diterima adalah seperti berikut:
TEMPOH LATIHAN
- Tahap 1 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
- Tahap 2 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
- Tahap 3 (Sijil) – 12 – 24 bulan (1,200 – 2,400 jam)
- Tahap 4 (Diploma) – 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI)
BIDANG LATIHAN YANG DITAWARKAN
Antara bidang Latihan Kemahiran Pertanian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Tanaman
- Pengeluaran Padi
- Ternakan Ruminan
- Ternakan Poltri
- Akuakultur Marin
- Akuakultur Air Tawar
- Teknologi Perikanan Tangkapan
- Pemprosesan Makanan
- Pemasaran
CARA MEMOHON
Tarikh tutup permohonan adalah tidak dimaklumkan. Namun Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian telah memaklumkan bahawa permohonan masih dibuka sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Permohonan secara online boleh dibuat melalui pautan berikut:
SENARAI INSTITUT LATIHAN PERTANIAN
Berikut adalah senarai Institut Latihan Pertanian yang ditawarkan di Malaysia:
- Kolej Pertanian Malaysia, Kedah
- Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak
- Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
- Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
- Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
- Institut Pertanian Serdang, Selangor
- Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
- Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
- Institut Pertanian Sarawak, Sarawak
- Institut Veterinar Malaysia, Johor
- Institut Teknologi Unggas, Melaka
- Institut Latihan FAMA, Kelantan
- MADA Rice Training Center (MRTC), Kedah
- Pusat Latihan MARDI, Selangor
- Pusat Latihan Perikanan Tangkapan Tg. Manis, Sarawak
Untuk maklumat lanjut berkaitan Program latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan yang ditawarkan, anda boleh rujuk di Portal Rasmi Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh hubungi Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian di talian 03 8870 1702 / 1677 / 1692 / 1802.