Peluang Latihan Industri Di Rangkaian Restoran Marrybrown Terbuka Buat Pelajar IPTA/IPTS

Marrybrown mempelawa pelajar IPTA/IPTS di seluruh Malaysia yang sedang mencari penempatan latihan industri untuk menyertai program internship di Restoran Marrybrown. Tawaran adalah terbuka kepada pelajar dari semua bidang pengajian tertakluk kepada terma dan syarat. Banyak kelebihan yang ditawarkan kepada pelajar sepanjang tempoh internship.

Keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari bidang pengajian yang berkait dengan skop kerja pengurusan, pemakanan, pemasaran, perniagaan dan keselamatan makanan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran internship di Marrybrown.

BIDANG PENGAJIAN DIUTAMAKAN

Keutamaan akan diberikan kepada bidang pengajian yang berkait dengan skop kerja berikut:

  • Quick service restaurant / food service management / culinary
  • Halal management
  • Operation management
  • Marketing
  • Business
  • Enterpreneurship
  • Food safety
  • Event

Permohonan luar daripada skop di atas juga boleh dipertimbangkan dengan terma dan syarat tertentu.

KEKOSONGAN CAWANGAN

Buat masa ini, kekosongan ditawarkan di cawangan-cawangan berikut:

  • Pulau Pinang
    – Bukit Mertaham
    – Bukit Jambul
    – Komtar (hostel lelaki/perempuan)
    – Bertam
  • Perak
    – Ipoh Parade
    -Angsana Mall
    – Silibin
    -Batu Gajah
    -Tambun
    – Aeon Falim
    – Taiping
    -Parit Buntar
    -Bagan Serai
    – Kuala Kangsar
    – Sungai Siput
  • Kedah
    – Sungai Petani Amanjaya
    – Sungai Petani Taman Batik
    -Star Parade Alor Setar
    -Changlun
  • Kuala Lumpur
    -Cheras
    -Pudu
  • Kelantan
    -Gua Musang
    -Kuala Krai
  • Pahang
    – Cameron Highlands
  • Johor
    -Area JB
    – Kulai

MANFAAT DITERIMA

Antara manfaat diterima sepanjang program adalah:

  • Elaun bulanan RM600
  • Staf meal percuma pada hari kerja
  • Hostel percuma (outlet tertentu sahaja)
  • Uniform
  • Sokongan dan bimbingan berterusan kepada pelajar sepanjang tempoh praktikal
  • Peluang untuk diserap sebagai Pelatih Pengurusan selepas tamat intern

CARA MOHON

Pelajar yang ingin membuat berminat untuk mohon boleh hantarkan resume dan surat daripada IPT anda ke salah satu talian berikut:

  • WhatsApp: 013 4496559 (En.Sani)
  • Email: arganadila@gmail.com

Tempat adalah terhad berdasarkan siapa cepat dia dapat. Permohonan secara berkumpulan juga diterima. Tawaran diberi berdasarkan kekosongan outlet tertentu. Sesetengah outlet mungkin menyediakan asrama untuk lelaki/ perempuan.

Sumber

Peluang Latihan Industri Di Rangkaian Restoran Marrybrown Terbuka Buat Pelajar IPTA/IPTS

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma