Tawaran Program Latihan Industri Pelbagai Bidang Di LHDN Tahun 2024 Dibuka
Tawaran menarik buat pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang yang sedang mencari penempatan untuk Latihan Industri sepanjang tahun 2024! Bagi yang berminat nak bina kerjaya dengan LHDN boleh lah mohon.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini membuka peluang permohonan untuk menjalankan Latihan Industri di LHDNM cawangan seluruh Malaysia sesi Julai 2024 sehingga Disember 2024.
Jangan lepaskan peluang ini, semak kelayakan dan panduan membuat permohonan di bawah.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan memohon Latihan Industri LHDN tahun 2024:
- Warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda yang memerlukan Latihan Industri sebagai salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian
- Tempoh minima Latihan Industri adalah 2 bulan
- Mempunyai keputusan akademik yang cemerlang (CGPA 2.70 e atas) dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi
- Program Latihan Industri ini adalah bagi tahun 2024 sesi Julai – Disember sahaja
- Pelatih Industri akan diberikan elaun latihan industri tertakluk kepada peruntukan kewangan dan syarat-syarat yang ditetapkan
PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
Penempatan Latihan Industri Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah bagi cawangan:
- Ibu Pejabat – Cyberjaya
- Selangor
- Johor
BIDANG DITAWARKAN
Tawaran Latihan Industri LHDNM 2024 yang dibuka adalah bagi pelajar dalam bidang berikut:
- Teknologi Maklumat
- Perakaunan
- Statistik
- Aktuari
- Sumber Manusia
- Pentadbiran
- Pentadbiran Perniagaan
- Kejuruteraan
- Lain-lain bidang
PROSEDUR PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Jun 2024.
Sekiranya anda merupakan pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan penempatan Latihan Industri LDHNM pada tahun 2024, anda boleh buat permohonan sekarang secara online.
Berikut adalah panduan membuat permohonan latihan industri LHDN:
- Klik pautan https://career.hasil.gov.my/
- Klik Pendaftaran Baru bagi pengguna yang belum pernah mendaftar
- Lengkapkan maklumat pendaftaran berikut dan klik DAFTAR.
- Setelah selesai mendaftar, anda perlu lengkapkan Maklumat Peribadi. Klik Seterusnya untuk langkah berikutnya.
- Lengkapkan Maklumat Waris, Akademik, Lokasi, Skop Latihan sehingga selesai. Pastikan semua maklumat adalah lengkap.
- Akhir sekali di bahagian Pengakuan Pemohon tandakan dalam kotak yang disediakan dan klik Simpan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung permohonan penempatan Latihan Industri di LHDN, anda boleh emelkan pertanyaan ke alamat berikut:
- kerjaya@hasil.gov.my