Cara Mohon Penempatan Latihan Industri Di JKR Seluruh Negara

Anda pelajar tahun akhir yang sedang mencari penempatan latihan industri? Jika berminat nak jalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya, anda boleh mohon sekarang! JKR melalui laman web rasminya membuka permohonan latihan industri buat pelajar-pelajar peringkat Sijil, Diploma dan Sajana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta yang berminat.

Permohonan hanya akan diproses tiga (3) bulan sebelum tarikh menjalani latihan industri. Pelajar perlu membuat permohonan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran latihan industri di JKR dan panduan buat permohonan.

PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Permohonan ini adalah bagi pelajar yang ingin mengikuti latihan industri di:

  • Ibu Pejabat JKR Malaysia
  • Ibu Pejabat JKR Negeri
  • JKR Daerah (kecuali JKR Selangor, JKR Johor, JKR Perlis, JKR Sarawak dan JKR Sabah)

PERINGKAT PENGAJIAN

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di peringkat:

  • Sijil
  • Diploma
  • Sarjana Muda

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Surat Permohonan Latihan Industri daripada Institusi/ Universiti
  • Resume Pelajar
  • Transkrip akademik

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat nak jalani latihan industri di JKR dan berkelayakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui Sistem Internship JKR yang disediakan di pautan berikut:

Pelajar peringkat Sijil yang ingin mengikuti latihan industri di Ibu Pejabat JKR Negeri atau JKR Daerah perlu mengemukakan surat permohonan pelajar terus ke pejabat JKR berkenaan dan tidak perlu memohon melalui Sistem Internship JKR.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan urusetia Latihan Industri di talian berikut:

  • En. Mohamad Ain Bin Ahmad: 03 2618 8668 @ mahamadain@jkr.gov.my
  • Pn. Noraini Binti Kamaludin: 03 2618 8489 @ norainik@jkr.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma