Latihan Industri Di Syarikat Swasta Atau Kerajaan, Yang Mana Lebih Baik?

Anda pelajar universiti tahun akhir yang sedang mencari peluang penempatan latihan industri dan buntu nak pilih latihan industri di syarikat swasta atau organisasi kerajaan? Antara kedua-dua ini, yang mana lebih baik?

Setiap sektor ada kelebihannya yang tersendiri. Anda sebagai pelajar yang bakal menjalani latihan industri mestilah bijak menilai dan buat keputusan yang mana akan memberi output yang terbaik setelah tamat latihan nanti!

Jadi, jalani latihan industri di sektor swasta atau kerajaan lebih baik? Ikuti perkongsian di bawah.

TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

Salah satu syarat bagi majoriti pelajar sebelum menamatkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah adalah dengan menjalani Latihan Industri (LI). LI dikenali juga sebagai latihan praktikal atau latihan ilmiah.

LI bertujuan untuk:

  • memberi pendedahan kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan yang sebenar

PERBEZAAN LATIHAN INDUSTRI DI SEKTOR KERAJAAN & SWASTA

Mana yang terbaik, menjalani di latihan indusrti kerajaan atau swasta?

Latihan Industri Di Sektor Kerajaan

Setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka bekerja dalam sektor kerajaan. Pelajar pula pasti ramai yang berminat nak jalani latihan industri di sektor kerajaan dengan harapan dapat peluang diserap terus ke jabatan. Anggapan anda sebenarnya salah, pelajar latihan industri yang jalani latihan di sektor kerajaan tidak akan diserap terus walaupun prestasi baik.

Untuk bekerja dalam sektor kerajaan, anda masih perlu buat permohonan melalui laman SPA9. Namun antara kelebihan menjalani latihan industri di sektor kerajaan adalah:

  • Pengalaman boleh diceritakan dalam temuduga kerja kerajaan nanti

Namun calon kena tahu bahawa elaun bulanan untuk pelajar latihan industri adalah tidak tinggi dan ada yang katakan organisasi di bawah kerajaan tidak lagi memperuntukkan elaun kepada pelajar.

Baca juga: Cara Mohon Penempatan Latihan Industri Di Pejabat MOSTI Dalam Pelbagai Bidang

Ramai yang katakan latihan industri di sektor swasta banyak kelebihannya berbanding kerajaan, betul ke?

Latihan Industri Di Syarikat Swasta

Ramai yang katakan latihan industri di sektor swasta adalah lebih baik. Antara sebabnya adalah:

  • Diberi peluang merasai cabaran kerja yang sebenar
  • Dapat tingkatkan kemahiran kerja sepanjang tempoh latihan
  • Pengalaman kerja yang boleh diceritakan dan digunakan di tempat kerja nanti
  • Elaun bulanan yang lebih tinggi
  • Berpeluang diserap kerja sekiranya ada kekosongan dan prestasi baik

Organisasi swasta tidak akan sesekali membazirkan wang mereka tanpa memberikan anda apa-apa tugasan termasuklah tugasan yang mencabar. Dari situ, cabaran sebenar dunia pekerjaan akan dilalui. Cabaran itu tidak kira sama ada menjurus kepada bidang pengajian atau sebaliknya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tawaran Program Latihan Industri Pelbagai Bidang Di LHDN Tahun 2023 Dibuka

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma